KEMAS Sasar Lahirkan 100,000 Hufaz Cilik Menjelang 2026

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Seramai 100,000 kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) disasarkan untuk dilahirkan sebagai ‘Huffaz Cilik’ menjelang 2026, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata sasaran berkenaan dibuat selaras pelaksanaan  program Tabika Pra Tahfiz Kemas bermula Julai ini dengan kerjasama Yayasan Pahang […]

Jadikan Pahang sebagai penanda aras institusi tahfiz negara – Tengku Hassanal

Kuantan – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah mahu semua pusat institusi tahfiz di negeri ini melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi. Titah baginda, usaha itu penting dalam menyedia dan melahirkan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. “Satu berita gembira, khususnya bagi mereka yang mengimpikan anak-anak menjadi […]

Smart Huffaz 2.0 di Pusat Tahfiz Ibnu Talib

SERKAM – Penghafaz Al Quran, khususnya di kalangan pelajar sekolah sentiasa dekat dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sesuai dengan itu dan bersempena Bulan Dakwah 2.0 YADIM, Kem Smart Huffaz 2.0 telah dianjurkan oleh Pusat Tahfiz Ibnu Talib, Kampung Pulai di sini dengan kerjasama YADIM Melaka. Pelbagai pengisian disusun antaranya Taddabur Surah Al-Mulk, Pemantapan Fardhu […]

Majlis Tahfiz Negara bakal dilancar tahun depan

KAJANG – Penubuhan Majlis Tahfiz Negara dijangka dilancarkan selewat- lewatnya awal tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, ketika ini terdapat beberapa isu berkaitan teknikal sedang dalam proses penyelesaian dan penelitian. “Sebagai sebuah majlis ia perlu ada pengerusi, anggota (yang akan membarisi jawatankuasa majlis) dan kemudian kena ada undang-undang. […]

Fahami terjemahan, jauhi telefon pintar antara petua hafal Al-Quran

HULU SELANGOR – Bagi seorang mualaf yang berjaya menghafaz 10 juzuk al-Quran, antara tip mudah beliau menghafal surah ialah memahami terjemahan kitab suci itu agar menjadikannya bahan menyeronokkan untuk dibaca. Lebih menarik, Tan Mike Foong, 23, yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, tidak menjadikan kecacatannya itu sebagai penghalang untuk beliau bergelar Huffaz suatu […]

Huffaz berusia 12 tahun curi tumpuan

SEREMBAN – Seorang peserta berusia 12 tahun dari Tanah Merah, Kelantan mencuri tum­puan ramai dalam acara hafazan al-Quran untuk juzuk satu hingga 10 pada Majlis Tila­wah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini. Puteri Auni Khadijah Mohd. Hanif adalah peserta termuda dalam acara tersebut. Menariknya, dia […]

Tahfiz itu ada padang golf

KUANTAN – Siapa kata pelajar tahfiz dunia mereka hanya berteleku mengadap al-Quran siang malam untuk menghafaz kesemua juzuk. Mungkin itu suasana di pusat tahfiz pada masa dahulu, tetapi sekarang tidak lagi. Pelajar tahfiz seperti golongan muda lain penuh dengan potensi yang hanya memerlukan usaha luar kotak untuk `menggali’ kebolehan mereka. Di Maahad Tahfiz Negeri Pahang […]

Kerajaan komited lahirkan 125,000 huffaz

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk melahirkan 125,000 huffaz menjelang 2050, yang bukan saja mampu menghafal al-Quran tetapi juga mahir dalam disiplin dan bidang ilmu profesional. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ketika ini negara sudah pun mempunyai hampir 80,000 huffaz yang sedang melanjutkan dan sudah tamat pengajian. “Darul Quran Jabatan […]