Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Haziq
KUALA LUMPUR _ Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, remaja Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas. Baginda turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya menghormati perasaan serta memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang maut dan juga […]
‘Haziq mati syahid’ – Mufti Pahang
KUANTAN – “Kematian Allahyarham Muhammad Haziq adalah tergolong dalam mati syahid akhirat kerana ia berlaku secara tiba-tiba ketika dia berada di dalam masjid. “Walaupun ia bukan syahid kerana berperang, itu tetap dikira syahid dan kita doakan dia bersama syuhada di sisi Alah SWT,” kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. Menurutnya, jenazah Muhammad […]
Solat jenazah ghaib di semua masjid
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof meminta semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib esok selepas selesai solat Jumaat untuk Allahyarham Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, Mujahid juga akan mewakili kerajaan ke Christchurch untuk menziarahi keluarga Mohd. Haziq […]
Kerajaan bantu urus pengebumian Muhammad Haziq
KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan remaja Malaysia Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17 yang hilang sejurus kejadian serangan bersenjata seorang pelampau kulit putih ketika sembahyang Jumaat di masjid di Chirstchurch telah meninggal dunia. Dalam satu kenyataan, Kementerian berkata, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand akan memberi bantuan kepada keluarga untuk proses pengebumian. “Kerajaan Malaysia […]