Ulama dunia sependapat ambil vaksin COVID-19 penting, harus – Mufti Kelantan
KOTA BHARU- Ulama di seluruh dunia sependapat bahawa pengambilan vaksin COVID-19 adalah penting dan harus bagi mencegah penularan wabak itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Malah katanya, semua jemaah haji diwajibkan mengambil vaksin COVID-19 sebelum dapat menunaikan ibadah berkenaan di Tanah Suci Makkah pada tahun ini. Beliau menjelaskan, jemaah ke Tanah Suci Makkah […]
Suntikan vaksin Covid-19 ketika Ramadan adalah harus, kata Menteri
PORT DICKSON – Suntikan vaksin Covid-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan perkara itu dua bulan lepas. “Untuk vaksin Covid-19, kita putuskan dalam majlis fatwa […]
Penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan. Ketetapan itu dibuat menerusi mesyuarat kali ke-10 jawatankuasa berkenaan pada 3 Disember lalu. Jabatan Perdana Menteri, berkata penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam […]
COVID-19: Tidak berdosa tinggal solat Jumaat tiga kali berturut-turut
KUALA TERENGGANU – Lelaki Islam mukallaf yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berdosa kerana hukumnya adalah harus bagi mengelak penularan wabak pandemik COVID-19 ketika ini. Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman, berkata solat Jumaat yang ditinggalkan itu wajib digantikan dengan solat Zuhur di kediaman masing-masing. “Harus […]
Harus mewakilkan bukan Islam agih bantuan zakat
PULAU PINANG – Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada bagi menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan sudut hukum fikah. Menurut beliau, perkara itu hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah. Bagaimanapun, tambahnya, bagi […]
Islam wajibkan pengambilan vaksin
KUALA TERENGGANU – Islam tidak menolak pengambilan vaksin sebaliknya tetap mewajibkan suntikan imunisasi itu bagi mencegah sebarang penyakit sekali gus mengelak kemudaratan. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan pengambilan vaksin adalah diwajibkan dalam kalangan masyarakat. Pegawai Hal Ehwal Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohammad Fahmi Rosli berkata, sebelum tahun 2016, penggunaan vaksin adalah […]
Plasenta: haram bagi rawatan kosmetik, harus untuk perubatan
KUALA LUMPUR – Hukum melakukan rawatan kosmetik atau kecantikan menggunakan suntikan plasenta manusia adalah diharamkan mengikut syarak, namun diharuskan bagi tujuan perubatan. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pengharaman itu bertujuan mengelak amalan eksploitasi yang mencabul kemuliaan pada tubuh badan manusia. Katanya, dari segi hukum haram memakan anggota badan manusia kerana […]
Ucapan Krismas harus ikut garis panduan, kata Mufti Wilayah Persekutuan
Hukum kepada orang Islam mengucapkan selamat hari Krismas atau Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat kepada penganut Kristian sempena sambutan Krismas, adalah harus dengan mengikut garis panduan tertentu. Antara garis panduan umum tersebut ialah sesuatu ucapan itu diberikan apabila wujud keperluan bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku […]