Plasenta: haram bagi rawatan kosmetik, harus untuk perubatan
KUALA LUMPUR – Hukum melakukan rawatan kosmetik atau kecantikan menggunakan suntikan plasenta manusia adalah diharamkan mengikut syarak, namun diharuskan bagi tujuan perubatan. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pengharaman itu bertujuan mengelak amalan eksploitasi yang mencabul kemuliaan pada tubuh badan manusia. Katanya, dari segi hukum haram memakan anggota badan manusia kerana […]
Vape dan shisha juga dilarang di kedai makan
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan penggunaan rokok elektronik (vape dan nano stick) dan shisha turut dilarang dalam premis makanan. Dalam satu poster yang disiarkan di laman Facebook rasminya, kementerian itu berkata larangan tersebut berkuat kuasa sama seperti larangan merokok yang bermula kelmarin. “Selain daripada merokok, vape, nano stick dan shisha turut dilarang […]
Hukum ‘troll’ haram – Mufti WP
KUALA LUMPUR – Hukum menyindir atau ‘troll’ di media sosial yang menyalahi hukum syarak adalah haram dan berisiko mewujudkan permusuhan dan perbalahan sesama manusia. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata perbuatan troll kini dilihat sebagai situasi membimbangkan kerana ia disebarkan dalam pelbagai konteks termasuk mesej bertulis, klip video pendek dan gambar […]
Asri mahu tindakan terhadap rumah ibadah haram selepas keganasan di Subang Jaya
PETALING JAYA – Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mahu kerajaan bertindak tegas terhadap rumah ibadah yang dibina tanpa mengikut peraturan atau secara haram, ketika negara digemparkan dengan keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya awal pagi tadi. “Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan,” […]
Aceh haramkan sambutan Hari Valentine
BANDA ACEH 13 Feb. – Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali mengeluarkan amaran bertulis yang menguatkuasakan larangan sambutan Hari Valentine pada Jumaat lalu. Tindakan itu dibuat selepas sambutan itu didapati bertentangan dengan pelaksanaan syariat Islam di rantau tersebut, maka ia diharamkan, lapor Detik News. Tambahan pula, hal itu termaktub dalam UU Nomor 44 Tahun […]