Kod ‘E’ bukan bermakna semua produk makanan ada ramuan haram
KANGAR – Tidak semua produk makanan yang tertera kod ‘E’ adalah haram, kata Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee. Katanya kod tersebut diguna pakai bagi menerangkan mengenai bahan tambah (aditif) dalam sesuatu produk makanan. “Tidak semua produk yang tertera kod E haram kerana ada bahan tambah daripada […]
Tiga negara bersetuju jadikan Malaysia hab halal
KUALA LUMPUR – Tiga negara setakat ini telah menyatakan persetujuan bagi menjadikan Malaysia sebagai industri hab halal di rantau ini. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, persetujuan tersebut dijangka akan diputuskan pada tahun ini selepas tiga negara tersebut melihat potensi yang ada dalam bidang farmasieutikal, kecantikan serta makanan. Beliau bagaimanapun enggan […]
Guna platform digital pasarkan produk halal global
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu semua usahawan Muslim, terutama generasi muda memanfaatkan ruang digital untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal ke peringkat global. Dr Wan Azizah berkata, umat Islam wajar memanfaatkan penggunaan teknologi aplikasi telefon pintar, kepintaran buatan, robotik dan inovasi bagi memperkasakan ekosistem pengedaran produk […]
40 negara sertai GHaS’19 bukti momentum halal di peringkat global
KUALA LUMPUR – Lebih dari 40 buah negara menyertai Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS’19) yang dianjurkan tahun ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, sambutan baik itu membuktikan industri halal mencatat momentum peningkatan di peringkat antarabangsa. Katanya, penganjuran tersebut membuka peluang kepada semua pihak mengukuhkan hubungan dan rangkaian perniagaan […]
MED tumpu bangun sumber bahan utama halal
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) kini menumpukan usaha membangunkan sumber bahan utama dalam penghasilan produk halal bagi merangsang perkembangan industri halal di Malaysia. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusuf berkata, inisiatif tersebut juga mampu mempelbagaikan penghasilan produk halal terutamanya dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera. “Antara inisiatif diusahakan kementerian ini adalah […]
Jakim lulus 10,186 sijil halal sehingga Mac lepas
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meluluskan sebanyak 10,186 permohonan syarikat tempatan bagi pensijilan halal Malaysia sehingga Mac lalu. Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, terdapat peningkatan permohonan sekurang-kurangnya 10 peratus setiap tahun. “Berdasarkan rekod tiga tahun terakhir ini, permohonan sijil halal telah melebihi 10 peratus tersebut. Jakim […]
Kempen Beli Produk Muslim dilancar 2 April
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Kempen Beli Produk Muslim dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam selain menikmati jaminan produk halal. Program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang esok (2 April) itu akan dilancarkan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh di Menara Kuala Lumpur, di […]
Tidak rancang wajib tampal ‘tidak halal’
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak merancang untuk mewujudkan polisi terhadap premis yang tidak memiliki sijil halal supaya meletakkan tanda ‘tidak halal’ di hadapan premis berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengatakan, tiada peruntukan undang-undang ditetapkan bagi setiap premis tersebut menampal tanda ‘tidak halal’. “Tiada (rancang polisi tampal tidak halal). Isu […]
Fahami konsep ‘halalan toyyiban’ sebelum masuk restoran
KUANTAN – Rakyat negara ini khususnya beragama Islam seharusnya mempunyai kesedaran tinggi dan memahami konsep ‘halalan toyyiban’ bagi memastikan mereka mengambil produk atau hidangan yang diyakini status halal serta kebersihannya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, umat Islam perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan mereka memahami konsep ‘halalan toyyiban’ yang diterapkan dalam ajaran […]
Masjid Besar Paris mahu sijil halal JAKIM
PARIS – Pihak pengurusan Masjid Besar Paris (The Grand Mosque of Paris), di sini menyatakan hasrat mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai mengiktiraf pusat penyembelihan mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata hasrat itu disuarakan oleh rektor masjid tersebut, Dr Dalil Boubakeur ketika lawatannya ke masjid tersebut, […]