Pengerusi Bank Rakyat dinobat Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam semasa Anugerah WOMANi 2019 baru-baru ini. Noripah menduduki tempat pertama dalam kalangan 300 senarai wanita di peringkat antarabangsa dari 16 buah negara, dengan penentuan kedudukan (ranking) ditentukan berdasarkan keupayaan membawa perubahan, mengatasi halangan dan mewujudkan peluang […]

Contohi Datuk Ramly

KUALA LUMPUR – Usahawan Muslim harus mencontohi Datuk Ramly Mokni, pengasas industri pembuatan produk makanan Kumpulan Ramly, yang bukan sahaja membina empayar perniagaan yang berjaya tetapi juga menyumbang kepada Islam dan umatnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof, berkata sumbangan Ramly kepada industri halal di negara ini wajar diberi perhatian. “Hari ini […]

Malaysia perluas pasaran halal di 10 negara menerusi OBOR

SEOUL – Malaysia akan memperluas perkhidmatan halal ke 10 negara menerusi pelaburan AS$1 trilion China — inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan (OBOR), menurut Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC). Naib Presidennya Hanisofian Alias berkata, negara baharu itu termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Mesir, Turkmenistan, Iran, Tajikistan, dan Bosnia dan Herzegovina. “Sepanjang laluan OBOR ini, terdapat kira-kira 10 negara […]

Rebut peluang industri halal dunia bernilai AS$7 trilion

MELAKA – Usahawan di negara ini diharap dapat mengambil peluang keuntungan sekurang-kurangnya lima peratus daripada nilai produk halal dunia yang dianggarkan sekitar AS$7 trilion. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, sekiranya ia menjadi kenyataan, usahawan tempatan dijangka dapat menarik AS$350 bilion daripada industri berkenaan yang kini dilihat semakin berkembang pesat. “Saya baru […]

Jangan promosi Buffet Ramadan tanpa miliki sijil halal

SHAH ALAM – Pengusaha industri makanan dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan mempromosi ‘Buffet Ramadan’ tanpa memiliki Pensijilan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya memandang serius penyalahgunaan ungkapan atau penandaan halal kerana ia boleh mengelirukan umat Islam. “Penyalahgunaan ungkapan atau penandaan halal […]

MB nafi galak jual ayam tidak halal

SEREMBAN  – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menggalakkan penjualan ayam tidak halal di Negeri Sembilan. Beliau berkata, jawapan bertulisnya berkaitan isu halal dan kebersihan ayam segar di pasar raya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 April telah diberi tafsiran tidak tepat oleh pihak media. Tambahnya, komen-komen […]

Redzuan promosi produk halal Malaysia di Bosnia-Herzegovina

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan (MED) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof kini dalam lawatan kerja ke Sarajevo, Bosnia-Herzegovina dari 16 hingga 21 April bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Malaysia. Program beliau termasuk penyertaan sebagai ahli panel sesi kedua Forum Perniagaan Sarajevo (SBF) 2019 mengenai Cabaran untuk Kawasan Tenggara – Mengubah penghijrahan bakat kepada […]

Empat jenama minyak masak, air Spritzer halal: Jakim

BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan dakwaan kononnya beberapa jenama minyak masak, termasuk air minuman Spritzer mengandungi bahan tidak halal. Dalam satu kenyataan, Jakim menerusi Bahagian Hab Halal memaklumkan, pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada pengguna media sosial berkenaan status halal membabit produk minyak masak berjenama Helang, Vesawit, Knife dan Buruh. Katanya, ia susulan […]

Bahrain mahu Malaysia jadi hab pasaran

KUALA LUMPUR – Bahrain menyuarakan kesediaannya menjadikan Malaysia sebagai hab pasaran produk-produk halal keluaran usahawan dari negara itu dan negara-negara Teluk ke rantau Asia dan China. Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Putera Khalifa Salman Al Khalifa dalam perbincangan dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd. Yusof di pejabat Khalifa di Manama semalam. “Manama […]

Jakim, UPM anjur bengkel berkaitan prosedur Pensijilan Halal Malaysia

KUALA LUMPUR – Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima lawatan dari Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena program ‘Workshop on Understanding the Fundemental of Halal’ di Kompleks Islam Putrajaya dekat sini. Jakim dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, program anjuran UPM itu berlangsung hampir satu jam bagi […]