Jemaah Malaysia Dapat Kelebihan, Tapak Penempatan Baharu Di Arafah, Muzdalifah Dan Mina
Makkah – Jemaah Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tahun ini bertuah apabila Kerajaan Arab Saudi bukan sahaja memberi penempatan baharu tetapi juga kawasan khemah yang berdekatan dengan masjid, ketika berada di Mina. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kelebihan itu boleh dimanfaatkan jemaah haji kerana bukan sahaja boleh solat […]
Jemaah haji pertama berangkat ke tanah suci 4 Jun
Muar – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke tanah suci menunaikan Rukum Islam kelima itu pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, penundaan itu ekoran pengurangan jumlah jemaah yang akan menunaikan ibadah itu berbanding kebiasaannya. Malah, beliau memaklumkan, anjakan tarikh berkenaan juga […]
Lebih sejuta visa umrah dikeluarkan Arab Saudi
Kuala Lumpur: Kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan 1,045,898 visa umrah dan seramai 895,499 jemaah tiba di negara itu setakat ini sejak musim ibadah umrah 1443H dibuka semula pada Ogos 2021. Angka itu berdasarkan ketibaan jemaah yang direkodkan di kesemua pintu masuk utama Arab Saudi, lapor Agensi Berita Saudi (SPA). Daripada jumlah itu, sebanyak 822,736 ketibaan […]
Kos Haji Tahun Ini Dijangka Cecah Lebih RM25,000 Seorang
Kuala Lumpur – Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi. TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan kos berkenaan merupakan peningkatan 12 peratus berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah haji muassasah pada […]
Bantuan kewangan haji diumum selepas kerajaan Arab Saudi umum kos kerjakan haji – Idris
Kuala Lumpur- Bantuan kewangan haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH) untuk jemaah yang akan mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos keseluruhan yang dikehendaki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu akan diumumkan selepas prosedur operasi standard (SOP)negara itu dimuktamadkan. […]