Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi umum permulaan musim umrah
RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan musim baharu umrah pada bulan Muharram 1445 Hijrah. Kementerian itu berkata, penduduk Arab Saudi dan warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kini boleh memohon permit untuk menunaikan ibadah umrah melalui aplikasi Nusuk atau Tawakkalna. Arab Saudi turut mengumumkan mula mengeluarkan e-visa (visa elektronik) umrah untuk jemaah dari luar negara itu sebagai […]
Arab Saudi mula keluar e-visa umrah
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah mula mengeluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu. Ia juga seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030. Kementerian itu menyatakan bahawa individu yang mahu mendapatkan e-visa boleh mengemukakan permohonan di platform Nusuk: https://www.nusuk.sa/ar/about, […]
Kumpulan pertama jemaah haji dijangka tiba di Malaysia rabu ini
MAKKAH: Kumpulan pertama 284 jemaah Malaysia yang baharu selesai menunaikan ibadah haji akan berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia), Rabu ini. Kesemua mereka akan berlepas menggunakan pesawat MH8261 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.45 malam Rabu. Pengarah Operasi Maktab Mohd Sawal Abong berkata bagi memudahkan […]
Mohd Na’im ke Arab Saudi bagi lawatan kerja dan tunai haji
SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini berangkat ke Arab Saudi bagi mengadakan lawatan kerja serta menunaikan haji. Beliau memilih untuk melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Pusat Konvensyen Movenpick, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bersama-sama 283 jemaah haji lain, sebelum menaiki bas […]
Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci
Sepang: Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa berdisiplin dan mengekalkan nama baik negara ketika berada di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. “Orang Melayu Islam terutamanya memang terkenal dengan disiplin, atas dasar tersebut saya nasihatkan tuan puan untuk kekalkan […]
Haji: Malaysia Jadi Negara Pertama Peroleh Kebenaran Operasi Pusat Kesihatan
MAKKAH: Bagi dua tahun berturut-turut, Malaysia menjadi negara pertama memperoleh kebenaran pengoperasian pusat kesihatan untuk jemaah haji dari kerajaan Arab Saudi. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pusat kesihatan Tabung Haji (TH) di Madinah lulus saringan dan pemeriksaan ketat Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada 25 Mei lepas. “Ini satu […]
3,533 jemaah sudah berlepas ke Tanah Suci
SEPANG: Seramai 3,533 orang bakal jemaah haji negara ini sudah berlepas ke kota suci Madinah melalui 12 penerbangan sewa khas diuruskan pihak Lembaga Tabung Haji. Pengarah Operasi Stesen Berlepas Sepang, Khairul Azihar Rapar berkata, jumlah yang direkodkan setakat semalam itu sejak penerbangan pertama KT01 pada Ahad lalu sehingga KT12 yang bertolak malam tadi. Hari ini, […]
Jemaah haji perlu waspada gejala strok haba
BERITA SEMASA 22 MEI 2023 Keadaan cuaca yang panas di Arab Saudi yang mencecah 49 darjah Celsius setiap hari boleh menyebabkan jemaah haji mengalami strok haba, lapor wartawan Sinar Harian diri Tanah Suci Makkah, Badruldin Zakaria. Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata, cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kenaikan suhu dan kehilangan […]
Malaysia mohon pertimbangan khas untuk kuota haji
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar membayangkan sedia memohon kuota tambahan jemaah haji Malaysia. Meskipun tidak dinyatakan secara lebih spesifik, isu kuota berkenaan ujar beliau, akan cuba dimohon daripada pihak kerajaan Arab Saudi menerusi kaedah budi bicara istimewa. “Demi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan fardu haji, […]
Kuota haji Malaysia mungkin dapat ditambah lagi – Zambry
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membayangkan ada kebarangkalian besar kuota rasmi jemaah haji Malaysia dapat ditingkatkan lagi musim ini. Berita gembira tersebut susulan pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya, Putera Faisal Farhan semalam pada hari kedua lawatan rasmi ke Arab Saudi sebagai menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas keutamaan dan layanan istimewa diberikan […]