‘Cikgu manusia biasa, bukan malaikat’

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Ibu bapa dirayu berbincang dengan pihak sekolah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah berkaitan anak mereka. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan berkata, diakui kadang-kadang guru melakukan kesilapan termasuk menggunakan kekerasan, namun mereka perlu diberi peluang membetulkan keadaan, “Kita rayu ibu bapa jangan terus pergi kepada polis […]