Kerajaan kaji kemungkinan benar warga emas tunaikan haji lebih awal

PETALING JAYA – Mereka yang mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji pada bulan ini perlu menunggu 120 tahun untuk menunaikan haji, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Oleh itu, katanya, kerajaan sedia mengkaji kemungkinan membenarkan warga emas memotong giliran menunaikan haji lebih awal berbanding jadual asal pada masa depan. Beliau berkata, perkara itu […]

Tauliah agama: JAKIM serah kepada JAIM

KUALA KUBU BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membuat keputusan mengenai status pentauliahan mengajar agama melibatkan penceramah, Wan Ji Wan Hussin. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pentauliahan bagi membenarkan seseorang itu mengajar dan menyampaikan tauliah terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama […]

Hibah TH mungkin lebih tinggi akan datang

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) mungkin akan lebih tinggi pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini berdasarkan prestasi semasa TH yang semakin baik dan mengukuh. “Selepas kita adakan plan pemulihan iaitu masuk ke dalam syarikat tujuan khas (SPV), kita tinggalkan aset yang […]

Zikir ‘menari’ menyimpang ajaran Islam

KUANTAN – Tindakan sekumpulan penduduk Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling di Jerantut berzikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh pada Khamis lalu, menyimpang daripada ajaran Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata aktiviti itu sah menyimpang dan menyeleweng, namun masih belum dipastikan ajaran atau tarekat yang diamalkan. “Kita ada menerima laporan mengenai […]

133,000 pendeposit baharu TH

KUALA LUMPUR  – Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan seramai 133,000 pendeposit baharu dengan jumlah simpanan RM83 juta selepas pelan penstrukturan dan pemulihan semula badan itu dari Januari hingga Mei lepas. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, TH turut merekodkan pertambahan pendeposit baharu melebihi 46,000 orang bagi tempoh April hingga Jun selepas pengumuman […]

Usaha serap guru Kafa ke jawatan tetap di tahap akhir, kata Fuziah

KUANTAN – Usaha menyerap guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) ke skim jawatan tetap kini di peringkat akhir, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Katanya, kertas kerja cadangan itu sudah disiapkan dan pihaknya dalam usaha mendapatkan maklum balas, selain berunding dengan pihak berkepentingan dalam isu itu. “Rundingan melibatkan aspek pelaksanaan dan […]

Sijil halal : Tak susah jika tahu prosedur dan piawaian

KUANTAN – Proses kelulusan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak sukar dan hanya mengambil masa dua minggu daripada tarikh permohonan jika memenuhi piawaian yang ditetapkan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, bagaimanapun, mengakui ada pengusaha khususnya dalam industri kecil dan sederhana (IKS) sukar untuk mendapatkan pengiktirafan halal kerana kurang mengetahui […]

Jemaah haji dinasihat buat persiapan hadapi musim panas

KUANTAN – Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan membuat persiapan sewajarnya bagi menghadapi cuaca panas di Tanah Suci yang dijangka boleh mencecah sehingga hampir 50 darjah Celsius tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jemaah juga dinasihatkan untuk minum air secukupnya sepanjang berada di sana, bagi mengelakkan risiko terkena strok haba. “Jemaah […]

Dana bantu al-Aqsa

KUALA LUMPUR – IBARAT bom jangka, tiada siapa dapat menjamin hayat penduduk Palestin yang terus ditindas dan menjadi mangsa serangan Zionis Israel tanpa belas. Tidak cukup dengan itu, pelbagai sekatan dan penindasan secara berterusan dilakukan oleh tentera rejim itu kepada umat Islam sehingga menjadikan mereka bukan sahaja hidup dalam ketakutan tetapi kos sara hidup terus […]

Cadangan jawatan tetap guru KAFA akan dibentangkan ke Kabinet

KUALA LUMPUR – Cadangan lantikan guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke dalam skim perjawatan tetap dijangka akan dibentangkan ke Kabinet sebelum akhir Julai ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. “Semalam saya telah meneliti perkembangan kertas Kabinet tersebut dan saya ada beri lagi input selain perlu mengemaskini beberapa perkara… […]