Food Bank YaPEIM 2.0 untuk Musaadah Covid-19

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan situasi semasa yang melanda negara, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tampil menyahut seruan bersama-sama agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggerakkan misi #MusaadahCOVID19 selaras dengan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Mac 2020 di Putrajaya. Pengerusi Ahli […]

Yapeim peruntukan RM4juta untuk Program Foodbank 1.0

PERMATANG PAUH – Sepanjang tahun 2019, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) telah pun memperuntukan sejumlah RM4 juta bagi melaksanakan Program Foodbank 1.0 untuk seluruh negara. Demikian dinyatakan oleh Pengurus Negeri, Pusat Pentadbiran YaPEIM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mohd Fauzi Adnan ketika majlis agihan bantuan makanan percuma kepada 400 pelajar terpilih UiTM Pulau Pinang […]

Penerima Food Bank Siswa bakal terima zakat

GOMBAK – Pelajar universiti awam (UA) yang kini mendapat manfaat menerusi program Food Bank Siswa, bakal menerima bantuan zakat pada tahun depan. Ia berikutan cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperluaskan bantuan kepada penerima program itu dengan menyalurkan zakat kepada mereka. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata bantuan zakat kepada […]

YaPEIM peruntuk RM4 juta untuk Program Foodbank 1.0

KUANTAN – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi melaksanakan Program Foodbank 1.0 di seluruh negara, sepanjang tahun ini. Program itu adalah antara pendekatan yayasan berkenaan membantu meringankan bebanan ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang sudah dikenalpasti. Pemangku Ketua […]

Program Food Bank diteruskan selepas Syawal

KUANTAN – Program bantuan makanan, Food Bank yang diwujudkan sepanjang Ramadan di daerah ini akan diteruskan selepas Syawal bagi membantu insan yang memerlukan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata setiap hari kira-kira 100 orang mendapat manfaat daripada program ini apabila makanan yang diperoleh daripada peniaga bazar Ramadan, dihantar […]

Food Bank diperluas ke universiti swasta, sekolah agama tahun depan

KUALA NERUS – Program Food Bank Malaysia bakal diperluaskan ke lebih banyak institusi pengajian tinggi termasuk universiti swasta, kolej komuniti dan sekolah agama menjelang tahun depan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada institusi berkenaan untuk turut serta dalam program tersebut berikutan kejayaan […]

Kerajaan gubal Undang-Undang Pembaziran Makanan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mendapatkan input dari negara luar termasuk Perancis dalam menggubal Rang Undang-undang Pembaziran Makanan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata Perancis merupakan antara negara paling ke depan dalam undang-undang seperti itu yang turut mengawal selia program Food Bank. “Rang udang-undang ini […]

Pencemaran toksik:Jawi sumbang RM10,000

PASIR GUDANG – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini (18 Mac) menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan harian kepada mangsa pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini berjumlah RM10,000. Pengarahnya, Mohd. Ajib Ismail berkata, sumbangan tersebut dibuat pihaknya menerusi inisiatif Jawi Food Bank. “Antara barangan yang disumbangkan termasuklah topeng muka, tuala, kain pelikat, makanan dan […]

Makanan halal penekanan utama program Food Bank Malaysia

PULAU PINANG – Makanan halal kepada penerima program Food Bank Malaysia merupakan salah satu daripada komponen penting dalam undang-undang khas bagi melindungi penyumbang serta penerima bantuan program berkenaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana soal makanan halal amat sensitif kepada masyarakat negara ini dan menjadi […]