Ramalan Aidilfitri pada 21 April akan dibincang dengan Jawatankuasa Fatwa
PUTRAJAYA: Ramalan 1 Syawal yang dijangka pada hari Jumaat, 21 April oleh Pusat Astronomi Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, perbincangan perlu dibuat demi memastikan Aidilfitri ‘mengejut’ seperti tahun lalu tidak berulang lagi. Begitu pun Naim berkata, […]
Rai Hari Valentine kekal dilarang dalam ajaran Islam
PUTRAJAYA – Umat Islam di Malaysia diberi peringatan agar tidak cuba menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada 14 Februari selaras fatwa yang ditetapkan pada 2005 lalu. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi Bayan Linnas disiarkan laman sesawang rasminya, sambutan itu adalah haram dan juga boleh menggugat akidah Islam. “Sejarah Hari Kekasih […]
Siasatan PMYT hampir selesai – Ahmad Marzuk
KOTA BHARU – Siasatan terhadap Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dijangka selesai tidak lama lagi apabila ia diputuskan bertentangan dengan hukum syarak dan agama Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ia hasil daripada Mesyuarat Khas Muzakarah Fatwa Kebangsaan (MFK) minggu lalu yang turut dihadiri oleh […]
Penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan. Ketetapan itu dibuat menerusi mesyuarat kali ke-10 jawatankuasa berkenaan pada 3 Disember lalu. Jabatan Perdana Menteri, berkata penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam […]
Jangan pertikai fatwa dikeluarkan penguatkuasa agama
KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak mempertikai fatwa yang dikeluarkan badan berkaitan agama Islam tidak kira di peringkat negeri mahupun pusat. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dengan kumpulan pengganas adalah kerana tidak berpegang kepada fatwa dikeluarkan penguatkuasa agama di peringkat negeri atau […]
Institusi mufti perlu diperkasa agar kekal dihormati
SEPANG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah institusi mufti memerlukan perekayasaan kaedah dan penggunaan dalam menangani cabaran dunia semasa demi memastikan mufti kekal dihormati sebagai sumber rujukan agama berwibawa. Baginda bertita, dalam proses mengeluarkan fatwa amat penting memberi perhatian kepada lapan komponen dengan memastikan fatwa itu diterima secara positif dengan hati terbuka, berupaya […]
Pulau Pinang tunggu panduan Jawatankuasa Fatwa
GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang menunggu panduan solat Jumaat dua sesi daripada Jawatankuasa Fatwa selepas keputusan untuk menguatkuasakannya dimuktamadkan. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata keputusan untuk menguatkuasakan solat Jumaat dua sesi itu akan dimaklumkan mufti selepas perbincangan antara Jawatankuasa Fatwa diadakan. “Buat masa ini mufti belum putuskan apa-apa […]
Sabah lanjut arahan larangan aktiviti di masjid hingga 31 Mac
KOTA KINABALU – Sabah melanjutkan arahan penangguhan aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di setiap masjid serta surau di seluruh negeri sehingga 31 Mac ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa ketika ini. Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata, sebelum ini, arahan penangguhan itu ditetapkan sehingga 26 Mac, namun, berdasarkan […]
Putrajaya sudah ada garis panduan, fatwa mengenai Syiah
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan sudah mempunyai garis panduan dan fatwa yang jelas mengenai ajaran Syiah. Beliau berkata kenyataan diplomat Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’in bahawa Syiah adalah ancaman kepada umat Islam adalah pandangan peribadinya. “Jadi kalau pun itu dia cakap sebagai pandangan dia, tetapi […]
Sekolah pondok akan dijadikan produk pelancongan baharu
GEORGE TOWN – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang merangka pelbagai inisiatif dan strategi untuk menjadikan sekolah-sekolah pondok sebagai sebuah produk pelancongan baharu negara. Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata sekolah pondok yang terpilih akan dijadikan produk pelancongan pendidikan selain mengiktiraf premis penginapan pelancongan mesra Muslim bagi memperkasakan industri pelancongan Islam. “Kementerian dengan kerjasama Pusat Pelancongan […]