Sekolah KITA untuk kanak-kanak pelarian Syria
BANGI 14 Feb. – Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) menubuhkan pusat bimbingan alternatif percuma bagi memberikan perkhidmatan pendidikan akademik holistik kepada lebih 80 kanak-kanak pelarian Syria berusia lima hingga 12 tahun di negara ini. Pusat yang dikenali sebagai Pusat Bimbingan Alternatif CSM atau Sekolah KITA merupaka alternatif pendidikan yang ketiga dibuka oleh Cinta Syria Malaysia […]