Moratorium sewa-beli: Bank setuju tidak caj faedah, penalti lewat bayar
KUALA LUMPUR – Bank bersetuju untuk tidak mengenakan caj tambahan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan syariah, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Caj tambahan berkenaan adalah kadar faedah terakru serta yuran dan penalti lewat bayar. Tengku Zafrul berkata, kementeriannya telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan […]