Mufti minta siasat segera video tular tasawuf ekstrem
GEORGETOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pihak berkuasa agama menyiasat sebuah video tular di media sosial mengenai seorang lelaki mengajar tasawuf ekstrem yang dikhuatiri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Beliau berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mencegah ajaran tasawuf yang menyesatkan daripada disebarkan di negara ini supaya […]
‘Jangan serah masa depan negara kepada ekstremis kaum, agama’
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak menyerahkan masa depan negara kepada ekstremis kaum dan agama. Menurut baginda, setiap kaum perlu menghargai dan menghormati di antara satu sama lain. “Setelah 62 tahun mencapai kemerdekaan, suara perpaduan yang menyatukan warga dan suara kesederhanaan yang merangkum warga, jangan sama […]
Ghairah agama yang perlu diharmonikan
Mungkin didorong oleh kepentingan kelangsungan hayat politik, apa saja isu yang berbangkit dalam kehidupan akan disorot dengan sorotan perseptif agama secara totok. Lebih parah apabila sorotan itu berlaku melalui teropong aqidah yang menatijahkan iman atau kufur, atau sorotan hukum yang menatijahkan dosa besar dan neraka. Padahal urusan kehidupan ini begitu rencam sehingga Nabi SAW sendiri […]
Sultan Selangor bimbang pelbagai ancaman boleh lemahkan umat Islam
KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa bimbang dengan pelbagai ancaman yang boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan agama Islam serta melemahkan umatnya khususnya di negeri ini dan juga negara. Sultan Sharafuddin menitahkan, baginda dimaklumkan terdapat 45 golongan ajaran sesat dan menyeleweng difatwakan oleh Jabatan Mufti Selangor sehingga Disember lepas. Titah […]