Muktamar MAIM 2016 angkat 7 resolusi
KUALA LUMPUR, 26 Februari – Muktamar Majlis Amal Islami (MAIM) 2016 yang menghimpunkan pimpinan dan pendukung utama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seluruh negara yang berlangsung semalam telah mengangkat tujuh resolusi dalam menggerakkan usaha bersepadu ke arah perpaduan ummah. Dalam usaha tersebut, umat Islam negara ini harus menginsafi bahawa: Perpaduan sesama umat Islam harus dibina […]
Yadim berbakti di bumi Kemboja
KEMBOJA, 28 Januari – Dalam dunia yang serba moden kini, tanpa kita sedari masih ada lagi masyarakat yang jauh ketinggalan dari mengecapi arus pembangunan. Mereka ini masih belum menikmati kemudahan asas seperti bekalan air paip dan elektrik. Begitu juga dengan kemudahan pendidikan seperti kekurangan guru agama, bahan bacaan Iqra dan Mashaf Al- Quran. Atas rasa […]
Dakwah di atas rel
KUALA LUMPUR – Program dakwah kini tidak lagi boleh dilaksanakan secara stereotaip iaitu dengan cara berceramah di masjid dan surau sahaja, sebaliknya ia perlu diadakan dalam bentuk yang kreatif dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendekatan bersahaja dan santai melalui dakwah lapangan adalah antara pendekatan yang boleh dilaksanakan dan ia bukan sahaja membolehkan para daie mendekati […]
YADIM himpun 1,000 pendakwah muda
BANGI – Usaha menghimpunkan ahli-ahli Sahabat YADIM dari 26 Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) seluruh Malaysia telah berjaya direalisasikan dalam satu Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM 2015 yang bertempat di Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) pada 14 November yang lalu. Konvensyen anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 orang mahasiswa/i ini […]
Dr. Yusri Mohamad dilantik sebagai YDP YADIM yang baharu
PUTRAJAYA 30 September – Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Dr. Yusri Mohamad hari ini secara rasminya dilantik sebagai Yang Dipertua YADIM yang baharu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkuatkuasa 1 Oktober 2015. Beliau menggantikan Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang kini telah dilantik […]
Kongsi pandangan bersama Ikon Da’i
KUALA LUMPUR, 11 September – YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama tokoh-tokoh agamawan dalam Liqa’ Ikon Da’i yang berlangsung di Hotel Seri Pacific malam tadi. Pertemuan tersebut dianjurkan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cetusan idea […]
Teruskan kolaborasi dengan agensi lain
KUALA LUMPUR, 9 September – Perhimpunan bulanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bagi bulan September merupakan perhimpunan terakhir YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Yang Dipertua Yadim. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Yadim pada 5 Jun 2013. Kini, beliau merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa 28 Ogos lalu. Dalam ucapan […]
Kerja dakwah secara bersama
KUALA LUMPUR, 10 OGOS – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, YB Senator Dato’ Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan bahawa usaha-usaha dakwah harus digerakkan secara bersama oleh semua agensi agama di negara ini. Beliau melihat sinergi sebegini akan memberikan impak yang lebih besar berbanding sekiranya sesebuah program dianjurkan oleh sesebuah pihak sahaja. Beliau berkata demikian dalam […]
Yadim semarak Ramadhan
KUALA LUMPUR, 17 Jun – Sebagai usaha untuk menyatakan kehadiran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di kalangan masyarakat, Yadim mengambil pendekatan turun padang sepanjang Ramadhan ini dengan mengadakan 2 program besar iaitu Kembara 360 Agensi dan Iktikaf Ramadhan Sahabat Yadim. Yang Dipertua Yadim, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan […]
Hasilkan penulisan yang betul dan bertanggungjawab
KUALA LUMPUR 30 April – Syarikat penerbitan dan penulis buku diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan karya berlandaskan fakta bagi mengelakkan pembaca terjerumus dalam ideologi yang negatif. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Razali Ibrahim berkata, semua agensi kerajaan yang terbabit juga digesa menyalurkan segala kepakaran dan bidang kuasa yang dimiliki bagi menapis lambakan […]