Tabung Haji sasar lebih 50 peratus umat Islam miliki akaun TH
Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) menyasarkan lebih 50 peratus umat Islam di negara ini akan memiliki akaun dengan Tabung Haji menjelang akhir 2024. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sehingga kini, TH sudah menguruskan 1.5 juta jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, di samping […]
Tabung Haji catat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama
SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) memperoleh pendapatan berjumlah RM623 juta dan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac tahun ini. TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, pencapaian itu dicapai hasil daripada kejayaan proses penstrukturan dan pemulihan yang dilaksanakan pada akhir Disember 2018. “Kedudukan kewangan TH semakin kukuh dengan […]
Tabung Haji melangkah ke depan dengan lebih yakin
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini berada pada landasan tepat bagi membangunkan semula kredibiliti serta prestasi kewangannya dengan sokongan penuh kerajaan terhadap pelan penstrukturan dan pemulihan untuk mengukuhkan semula kedudukan institusi kewangan Islam itu. Pelan tersebut yang dirangka dan dilaksanakan oleh pengurusan dan pentadbiran baharu yang kesemuanya terdiri daripada kalangan profesional membolehkan […]
Kerajaan akan urus deposit TH lebih baik
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji (TH) bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan. Beliau berkata TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan. “Sebenarnya mereka tidak membuat sebarang keuntungan, jadi mereka ambil deposit dan menggunakannya […]
TH bangunkan strategi peruntukan aset baharu, kata CEO
KUALA LUMPUR – Selepas program pemulihan dan penyusunan semula aset yang tidak menunjukkan prestasi baiknya berjaya, Lembaga Tabung Haji (TH) kini merancang untuk membangunkan strategi peruntukan aset baharu, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zukri Samat. Beliau berkata TH merancang untuk memperuntukkan semula campuran asetnya, terutamanya aset yang terdedah tinggi kepada risiko, […]