YADIM Pahang terima RM10K daripada kerajaan negeri

YADIM Pahang pada 7 November menerima cek peruntukan bernilai RM10,000 daripada Menteri Besar Pahang, Yang Amat BerhormatDatuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek PR1MA Pahang Kuala Lanar. Mewakili YADIM Pahang dalam majlis di Dewan Residen Kuala Lipis itu ialah Pengarahnya,Ustaz Azmi Dibok. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk program program dakwah […]

Kelantan alu alukan sebarang program pembangunan dakwah

KOTA BHARU – Kerajaan negeri mengalu alukan sebarang usaha mengadakan program berbentuk dakwah di negeri ini, kata Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob. Menurutnya, kerajaan mengharapkan lebih banyak agensi dan pertubuhan untuk tampil bekerjasama, seperti YADIM yang menganjurkan program hari terbukanya, dalam menjalankan program untuk memberi manfaat kepada […]

Kursus Asas Daie Orang Asli Yadim : Seni Dalam Dakwah

SEMUNGKIS – Seni muzik dengan cara yang betul boleh digunakan sebagai sebuah medium dakwah yang berkesan. Mengambil peluang itu, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerapkan konsep berkenaan dalam latihan Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM yang diadakan di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini. Seramai 20 peserta kursus diberikan latihan menggunakan […]

Bicara Dakwah Rasulullah mulakan program lawatan kerja YADIM di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Program ‘Bicara Dakwah Rasulullah : Dakwah Dalam Berniaga’ anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu memulakan program badan dakwah itu di negeri ini pada 10 September. Ucaptama dan perasmian program disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan. Hadir sama ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul […]

Panel Pemikir Dakwah Negeri Sabah perlu diwujudkan

KOTA KINABALU – Pasukan Panel Pemikir Dakwah Negeri Sabah perlu diwujudkan dalam usaha merintis kerjasama membangunkan gerak kerja dakwah antara jabatan serta agensi negeri dan persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Beliau berkata pasukan itu penting dalam menyelaras kerjasama melibatkan pelbagai isu melibatkan hal ehwal agama terutamanya dakwah. “Kami […]

Merakyatkan YADIM

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan pertemuan dengan seramai mungkin badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini untuk mengajak mereka bergerak bersama badan dakwah ini. Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan berkata ia adalah sebahagian daripada usahanya merakyatkan YADIM. “Kita akan mengumpulkan NGO NGO Islam seluruh negara dalam gerakan […]

Kunjung hormat UMS kepada Yang Dipertua YADIM

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan pada 23 Julai telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Selain bertujuan mengeratkan ukhuwah, ia juga adalah untuk mewawancara beliau berkaitan ‘Geran Penyelidikan FRGS-RACER: Pembangunan Model Latihan Bagi Institusi Dakwah Di Sabah’. Selaku […]

Penerbitan Jurnal Dalam Talian YADIM

PUTRAJAYA – Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di bawah Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat membangunkan Jurnal Online YADIM. Pembangunan jurnal ini adalah untuk mengumpulkan cendekiawan dan menghasilkan serta menerbitkan penyelidikan dakwah di dalam pelbagai disiplin ilmu yang melibatkan agensi, institusi pengajian awam dan swasta. Bagi tujuan itu, satu mesyuarat jawatankuasa […]

Institusikan Mekanisme Diyat

HIDUP Ali yang bekerja sebagai despatch semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang sukar. Jika dalam keadaan normal, gaji bersih yang dibawa pulang pada setiap hujung bulan ialah kira-kira RM1,500. Bagaimanapun kerana ketiadaan pekerjaan’ semasa PKP, pendapatannya menurun kepada hanya RM500 sahaja sebulan itupun atas ihsan majikannya sebagai bantuan sara hidup. Jumlah itu memang tak cukup […]

KORY 4.0 di Setiu

KUALA TERENGGANU – Penganjuran siri Komuniti Rahmah Bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (KORY) yang mendapat sambutan menggalakkan setiap kali diadakan, membuktikan program program dakwah sememangnya mempunyai tarikannya tersendiri. Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bakal meneruskan lagi program sedemikian bagi kali keempat di Masjid Kampung Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Setiu pada 14 Mac ini […]