Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini

IPOH – Individu bergelar Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini pada Jumaat. Tuduhan ke atas Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin dibuat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak. […]

Pencemar sungai di Selangor akan didakwa minggu depan

PETALING JAYA – Pihak yang terlibat menyebabkan pencemaran sungai di Selangor sekali gus mengakibatkan penduduk di Lembang Klang mengalami gangguan bekalan air akan didakwa minggu depan. Menteri Alam Sekitar dan Air, Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, individu terbabit akan diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan […]

Pendakwaan secara formal terhadap Israel beberapa bulan lagi

PUTRAJAYA – Yayasan MyAQSA (MyAQSA) memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda memerlukan beberapa bulan lagi sebelum dapat melakukan pendakwaan secara formal terhadap Israel. Ketua Pasukan Peguam Penyiasat yang juga Felo Undang-Undang MyAQSA, Azril Mohd Amin, berkata jaminan itu diberikan ICC kepada delegasi MyAQSA menerusi pertemuan pada 2 Mei lalu di The Hague, […]

Pemandu lori mengaku tak bersalah hina Islam, Melayu di Facebook

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori dari Puchong, Selangor, didakwa menyalahgunakan perkhidmatan internet dengan memuat naik mesej menghina orang Melayu dan Islam di Facebook, 2 bulan lalu. Karitikesoo Valu, 43, dari Bandar Kinrara, didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Januari lalu dengan menggunakan akaun Facebook bernama “Suresh Don Don”. Dia didakwa di bawah Seksyen 233 […]

Tiga lelaki didakwa hina Nabi Muhammad, Islam

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman sosial. Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah, manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan […]

Hina Nabi: Warga emas mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang bertindak biadab serta kurang ajar menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Saidatina Aisyah melalui laman Facebook pada 17 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Wai Foo Sing, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M.M […]