Tiada cukai baharu dalam Belanjawan 2020
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu termasuk cukai warisan dalam pembentangan Belanjawan 2020 nanti, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. “Tiada kemungkinan akan ada cukai baharu yang akan dilaksanakan, (ini kerana) kerajaan mahu melaksanakannya pada awal (tahun), bukan di pertengahan (tahun),” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai […]
Liga Arab ikrar beri RM413.2 juta kepada Palestin
KAHERAH – Liga Arab berikrar memberi AS$100 juta (RM413.2 juta) sebulan kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk menampung kekurangan berikutan sekatan pemindahan cukai oleh Israel pada awal tahun ini. Menurutnya, mereka mengesahkan negara-negara Arab akan menyokong belanjawan Palestin. “Bagi terus bertahan dengan tekanan politik dan kewangan yang dihadapi Palestin,” katanya selepas mesyuarat di sini semalam. Israel […]
Kutipan kasar cukai LHDN melonjak
PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan mengumumkan kutipan kasar cukai langsung negara oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun lalu ialah sebanyak RM137.035 bilion iaitu meningkat 11.13 peratus atau RM13.723 bilion berbanding 2017. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, jumlah kutipan itu mencipta satu sejarah baharu kutipan hasil cukai langsung negara dan turut mengatasi pencapaian terbaik kutipan […]
Cukai golongan kaya hanya cetus kejutan
KUALA LUMPUR -Pelaksanaan cukai kekayaan, warisan dan keuntungan modal yang menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan tinggi 20 peratus (T20) bakal mengundang pelbagai kesan negatif. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penetapan cukai untuk golongan kaya itu dikhuatiri mencetuskan kejutan terhadap pasaran modal dan kedudukan kewangan negara. Katanya, pendirian itu dikemukakan Jawatankuasa Reformasi Cukai yang ditubuhkan […]