Program Musa’adah Covid-19 untuk penoreh getah
HULU TERENGGANU – Dengan Covid-19 yang masih menular, kehidupan golongan B40 di kawasan ini nyata sukar. Menyedari hakikat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengadakan Program Musa’adah Covid-19 untuk penoreh getah di kawasan ini. Pada 11 Februari, sebanyak 15 keluarga penoreh disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. Mereka yang disantuni adalah dari Kampung […]
Nasi Beriani untuk frontliners
SEBERANG JAYA – Sebagai menghargai usaha petugas barisan hadapan di kawasan ini menangani penularan Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pulau Pinang pada 11 Februari telah menyantuni mereka dengan pemberian nasi beriani. Sebanyak 50 bungkusan diserahkan kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya sekitar kawasan ini. Sumbangan diserahkan kepada Ketua Balai Polis Seberang Jaya, […]
YADIM Peduli: Musaádah Covid-19 Terengganu
PENGKALAN BERANGAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu turut tidak ketinggalan menyantuni golongan asnaf di negeri ini yang memerlukan pembelaan serta terkesan dengan penularan Covid-19. Empat kawasan di santuni hari ini (10 Februari) iaitu di Pengkalan Berangan, Hulu Besut, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu. Di Pengkalan Berangan sebanyak 30 keluarga penoreh getah menerima sumbangan […]
Penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan. Ketetapan itu dibuat menerusi mesyuarat kali ke-10 jawatankuasa berkenaan pada 3 Disember lalu. Jabatan Perdana Menteri, berkata penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam […]
Sukarelawan YADIM Terengganu bantu usaha nyahkuman
SETIU – “Di mana sahaja ada ruang dakwah, di situ ada Sukarelawan YADIM,” itu ungkapan Ketua Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Alor Damat, Saiful Imran Mamat yang mengetuai tiga anggota pasukan itu dalam program nyahkuman di sini pada 3 Februari. Sukarelawan YADIM menurut Saiful Imran terlibat sebagai salah satu usaha membantu petugas barisan hadapan […]
Musaadah 2.0 untuk petugas barisan hadapan daripada YADIM
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2 Februari melancarkan misi Musaádah Covid-19 2.0 di Dataran Blok A Kompleks Pusat Islam bagi menyantuni petugas barisan hadapan, sekolah dan mangsa banjir. Petugas barisan hadapan yang disantuni ialah kakitangan Hospital Putrajaya, anggota polis, anggota bomba serta anggota Angkatan Pertahanan Awam. Turut disantuni ialah pelajar Sekolah Menengah […]
Gelombang kedua banjir: YADIM Sarawak aktifkan semula bilik gerakan
SERIAN – Hujan lebat tanpa henti di negeri ini mengakibatkan kejadian banjir sekali lagi di Kuching, Samarahan dan bahagian ini. Beberapa Pusat Penempatan Sementara (PPS) juga telah dibuka semula iaitu di Dewan Batu Lintang, Dewan Kampung Betong Kanowit, PPS Dewan Rimba Padi dan PPS Lubok Bunting. Ekoran itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak juga […]
100 bakul makanan untuk asnaf Tambunan
TAMBUNAN – Seramai 100 keluarga yang memerlukan disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 31 Januari. Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian badi meringankan beban mereka. Sumbangan 100 bakul makanan untuk 100 keluarga ini diserahkan kepada Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abd Ghani oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki. Hadir sama ke acara ringkas ini […]
Frontliners terima sumbangan YADIM Kedah
ALOR SETAR – Para petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Hospital Sultan Abdul Halim dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda pada 27 Disember telah menerima sumbangan YADIM Kedah yang bertujuan menghargai jerih payah mereka. Sumbangan yang dihulurkan berbentuk barangan makanan.Hadir bersama Ahli Lembaga Yayasan Islam Negeri Kedah Ustaz Shahril Long. Pada hari yang sama […]
Nelayan pesisir pantai disantuni YADIM Sabah
KUALA PENYU – Usaha menyantuni mereka yang terjejas dengan Covid-19 konsisten dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah. Selepas di Kota Belud, program yang sama diadakan di Kampung Lambidan di sini pada 27 Januari. Seramai 30 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki. Pada hari yang sama, YADIM […]