Musaádah pemandu bas sekolah Dungun
DUNGUN – Seperti pemandu dan pengusaha bas ekspess dan peranginan, pemandu bas sekola juga terkesan dengan penularan Covid-19 di negara ini. Bagi menyantuni golongan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 7 Mac telah mengadakan program Musaadah Covid19 Pengusaha dan Pemandu Bas Pelajar Daerah Dungun di Dataran Arena Square Dungun di sini pada 7 […]
YADIM Peduli Di Kumoi
SIMPOR – Menyedari ramai golongan kehilangan pendapatan dalam tempoh ancaman pandemik COVID-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah oada 7 Mac tampil menyantuni golongan asnaf dan ibu tunggal di Kampung Kampung Kumoi dan Kampung Sungai Siam. Sebanyak 8 keluarga di kedua kampung tersebut menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kedah. Program ini djayakan dengan […]
Garis panduan suntikan vaksin Covid-19 ketika Ramadan akhir bulan ini
NILAI – Garis panduan dan hukum pengambilan suntikan vaksin Covid-19 ketika Ramadan dijangka dikeluarkan pada hujung bulan ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, panduan itu bagi memberi pemahaman kepada umat Islam mengenai hukum pengambilan vaksin ketika sedang berpuasa berikutan orang awam dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 […]
Musaádah Dan Sanitasi Di Masjid Di Kampung Kubang Dan Kampung Bukit Kadir
NILAI – Selepas Gambang, Pahang, Skuad Sanitasi Masjid Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 4 Mac meneruskan program pembersihan berkenaan di Surau Kampung Kubang dan Masjid Kampung Bukit Kadir di sini. Seramai 10 kakitangan YADIM melakukan kerja pembersihan tersebut di kedua rumah ibadah berkenaaan menggunakan alat Fogging and Chemical Pump, Water Purifier dan Disinfection Gun […]
Seperti kena kanser!
KOTA BHARU – “Sekarang seperti kena kanser tahap tiga dan hampir ke tahap empat,”demikian yang cuba digambarkan oleh pemandu bas sekolah di Kelantan mengenai nasib mereka yang terkesan dengan Covid-19. Mereka memberitahu, banyak syarikat bas yang sudah gulung tikar dan para pemandu bas di negeri ini mengharapkan agar mereka dibantu. Prihatin dengan nasib golongan ini, […]
Jemaah haji perlu divaksin
RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal jemaah haji pada tahun ini perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti. Rabiah bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi […]
YADIM bantu beri kefahaman imunisasi vaksin
TANAH MERAH – Kerajaan menggunakan pelbagai medium untuk memberi kefahaman kepada masyarakat bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dapat dijayakan sepenuhnya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, program itu digerakkan dengan kerjasama pelbagai agensi melalui pelbagai medium seperti media sosial dan arus perdana bagi mengelak kekeliruan […]
Covid-19: Yadim salur sumbangan RM1 juta
KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyalurkan sumbangan melebihi RM1 juta kepada lebih 200,000 penerima di seluruh negara bagi meringankan beban mereka yang terkesan ekoran penularan pandemik Covid-19. Yang Dipertuanya, Nasruddin Hassan berkata, sumbangan tersebut diagihkan kepada masyarakat menerusi progam Yadim Peduli: Musaadah Covid-19 yang digerakkan sejak Oktober lalu. “Peruntukan yang digunakan selain daripada […]
YADIM Peduli: Musaadah Covid-19 untuk pemandu bas sekolah Johor Bahru
JOHOR BAHRU – Usaha membantu meringankan beban pemandu bas sekolah di negara ini yang terjejas dengan Covid-19 kini dilakukan pula oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor. Bertempat di Pejabat Persatuan Pemilik & Pemandu Bas Sekolah Daerah Johor Bahru, YADIM Johor yang diwakili oleh pengarahnya, Mohd Ammar Abdullah menyampaikan sumbangan kepada 200 ahli persatuan berkenaan […]
Sumbangan untuk peniaga Pengusaha Bas Sekolah Peniaga Pekan Nat Negeri Perlis
CHUPING – Selesai menyantuni nelayan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertemu pula dengan para pengusaha bas sekolah di negeri ini pada 27 Februari. Prihatin dengan nasib mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19, YADIM menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada mereka. Sebanyak 20 set barangan keperluan harian diserahkan kepada mereka dalam satu majlis ringkas di sini. […]