Boleh mohon zakat kecemasan MAIWP

KUALA LUMPUR – Golongan yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan boleh memohon Bantuan Zakat Kecemasan yang disediakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula hari ini (13 April). MAIWP memaklumkan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian bermula jam 8 pagi melalui laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my. MAIWP turut mengingatkan mereka yang sudah […]

Kedah tetap 4 kadar zakat fitrah

ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan empat kadar zakat fitrah kepada umat Islam bagi menunaikan kewajipan mereka pada tahun ini susulan penularan wabak Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Kutipan dan Agihan LZNK Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Kedah ialah RM5, RM7, RM14 dan RM21. Katanya, bagi umat Islam […]

Agong, Raja Permaisuri selesai kuarantin, bebas Covid-19

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas Covid-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat […]

Kehabisan kit ujian, Gaza rayu bantuan

GAZA – Pihak berkuasa kesihatan Semenanjung Gaza bimbang wabak COVID-19 di kawasan terkepung akan terus merebak selepas wilayah itu kehabisan kit ujian Koronavirus. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra berkata, ujian di makmal pusat telah terhenti selepas kehabisan kit ujian Koronavirus. Setakat ini, Gaza melaporkan 13 kes jangkitan COVID-19 yang kini ditempatkan di sebuah pusat […]

Orang ramai pilih TV AlHijrah

KUALA LUMPUR – TV AlHijrah berjaya mencatat 75 peratus peningkatan dalam capaian penontonnya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan koronavirus (Covid-19) berbanding dua minggu sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris berkata, sebagai sebuah stesen televisyen yang mempromosi Islam sebagai gaya hidup, TV AlHijrah sedar sejak daripada mula tentang peranan dan pendekatan yang […]

‘Saya cuma ingat malaikat maut’

KOTA BHARU – “Selama 16 hari dirawat, saya tertunggu dan bersedia macam mana agaknya pengalaman jumpa Izrail, kerana sentiasa mendengar pesakit COVID-19 yang baharu masuk hospital meninggal dunia.” Demikian luahan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad ketika menceritakan pengalaman beliau menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas disahkan positif COVID-19 pada […]

YADIM prihatin nasib ahli Tabligh

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui melalui Program Musa’adah Covid-19 YADIM sedang mengusahakan bantuan kepada ahli-ahli Tabligh yang positif dijangkiti Covid-19. Program Musa’adah Covid-19 YADIM ini dilancarkan berikutan penularan wabak itu dan menyasarkan pelbagai golongan selain ahli Tabligh, seperti para pelajar, asnaf dan petugas barisan hadapan. Melalui program Musaadah Covid-19 YADIM, orang ramai […]

COVID-19: Tidak berdosa tinggal solat Jumaat tiga kali berturut-turut

KUALA TERENGGANU – Lelaki Islam mukallaf yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berdosa kerana hukumnya adalah harus bagi mengelak penularan wabak pandemik COVID-19 ketika ini. Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman, berkata solat Jumaat yang ditinggalkan itu wajib digantikan dengan solat Zuhur di kediaman masing-masing. “Harus […]

Mufti Kelantan dibenarkan keluar hospital

KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pertengahan Mac lalu sudah dibenarkan pulang ke rumahnya pada 2 April. Sumber keluarganya memberitahu, beliau dimasukkan ke hospital itu apabila mengalami demam dan sakit tekak selepas pulang dari Sarawak baru-baru ini. “Alhamdulillah ayah sudah berada di […]

Malaysia akur pendirian Arab Saudi tangguh ibadah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akur pendirian Arab Saudi yang menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terpulang kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka lebih memahami keadaan di sana. Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengikuti perkembangan dari semasa […]