Sumbangan YADIM Kelantan untuk Veteran ATM
KOTA BHARU – Sumbangan anggota tentera kepada negara amat bernilai dan sememangnya wajar dihargai. Justeru bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka, khususnya kepada anggota veteran yang terkesan dengan musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 21 April telah menyantuni golongan ini menerusi pemberian barangan keperluan. Sebanyak 50 pek sumbangan diagihkan kepada veteran Angkatan […]
Tidak boleh solat tarawih secara dalam talian
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian tidak dibolehkan. Beliau berkata, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam. “Sebagai contoh, jika kita […]
Ujian swab tidak batalkan puasa, kata Mufti Perlis
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian saringan Covid-19 menggunakan ujian swab untuk mendapatkan sampel menerusi hidung dan mulut tidak membatalkan puasa. Jelas Mufti negeri itu, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kedua-dua kaedah tersebut tidak membawa gambaran tindakan makan dan minum. “Ujian swab tidak membawa gambaran dan makna makan atau minum yang menjadi […]
Peperiksaan UPSRA dibatalkan – JAWI
KUALA LUMPUR – Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) kendalian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober 2020 dibatalkan ekoran penularan wabak COVID-19 di negara ini. Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata, semua sesi persekolahan Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Islam JAWI (SIRAJ) dan Kelas al-Quran […]
RM21 juta bantu sekolah pondok, tahfiz
KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan RM21 juta bagi membantu sekolah pondok dan tahfiz yang terjejas akibat Covid-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata peruntukan itu diambil daripada Belanjawan 2020 yang sudah diluluskan untuk pembangunan fizikal sebanyak RM100 juta. Katanya, kesemua pondok dan sekolah tahfiz di seluruh negara akan […]
Johor tangguh peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama
KULAI – Kerajaan negeri Johor memutuskan untuk menangguhkan peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama di negeri itu susulan penularan wabak COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan mengenai penangguhan tarikh beberapa peperiksaan pada tahun ini berikutan pandemik itu. Beliau berkata peperiksaan Sijil Darjah Khas […]
Kedah benarkan solat jemaah di masjid namun terhad kepada 3 orang
ALOR SETAR: Kesemua masjid yang berada dalam negeri Kedah dibenarkan untuk menganjurkan solat berjemaah dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menerima perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Bagaimanapun, menurut Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang, bilangan jemaah yang dibenarkan hanya terhad kepada tiga orang bagi satu-satu solat fardu dan tidak melibatkan […]
Bicara Santai Ahli RSY di kampus bersama KPE YADIM
KUALA LUMPUR – Pada 16 April (Khamis) jam 9 malam, telah diadakan sesi Bicara Santai Ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) di kampus bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuann Kamarul Arief Tuan Soh menggunakan aplikasi Google Meet. Sesi diadakan melibatkan wakil RSY yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) […]
1,000 unit PPE untuk petugas barisan hadapan dari YADIM
SHAH ALAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menerusi kerjasama dengan akhbar Sinar Harian Kumpulan Karangkraft menyumbangkan kira kira 1,000 unit Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan di sekitar Lembah Klang. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada fasa pertama usaha badan dakwah ini menyantuni empat golongan yang terjejas dengan musibah Covid-19 iaitu pelajar institusi pengajian […]
Fasa dua Musa’adah Covid-19 YADIM minggu depan
SHAH ALAM – Fasa kedua program Musaadah Covid-19 YADIM akan bermula minggu hadapan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Menurutnya, fasa kedua itu akan menumpukan pula kepada negeri negeri di luar Lembah Klang, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Tuan Kamarul berkata, seperti fasa […]