Belanjawan 2021 tumpu selamatkan nyawa, perkukuh ekonomi
KUALA LUMPUR – Belanjawan 2021 akan memberi tumpuan kepada usaha menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat, selain memperkukuhkan ekonomi terjejas akibat penularan COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata belanjawan dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat 6 November depan, akan berpaksikan tiga tonggak utama, iaitu memperkasakan rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi, di samping meneruskan sokongan […]
250,000 jemaah dibenarkan untuk umrah fasa kedua
RIYADH – Sebanyak 250,000 jemaah domestik akan dibenarkan menunaikan umrah pada fasa kedua sebagai sebahagian daripada lanjutan umrah dan lawatan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mulai Ahad ini. Para jemaah juga akan dibenarkan mengunjungi Rawdah Sharif dan kawasan masjid lama di Masjid Nabawi di Madinah mulai 18 Oktober dan seterusnya. Hani Al-Omairi, anggota Jawatankuasa […]
Kerajaan pastikan vaksin Covid-19 selamat, halal
SHAH ALAM – Malaysia akan memastikan vaksin koronavirus (Covid-19) yang akan diterima daripada mana-mana negara pengeluar adalah selamat dan halal untuk digunakan oleh rakyat di negara ini. Penasihat Khas Kesihatan Awam Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, kedua-dua perkara itu menjadi asas terpenting yang akan dinilai sebelum menerima vaksin daripada negara pengeluar […]
SKMM beri amaran penyebar berita palsu menteri dijangkiti Covid-19
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan berhubung penyebaran berita palsu yang tular di media sosial yang mendakwa seramai 13 Menteri Kabinet telah dijangkiti Covid-19 beberapa hari lalu. Perkara tersebut telah pun dinafikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya. ”MCMC memberi […]
Mahkamah Syariah Rendah Klang tetap beroperasi
SHAH ALAM – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah Klang tidak termasuk dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mukim Klang yang berkuat kuasa 9 Oktober. Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Klang hanya akan memulakan operasi pada Isnin depan berikutan masih lagi terikat Arahan Penyelarasan Perkhidmatan dan Operasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri atau Mahkamah […]
Sabah : Semua masjid, surau di zon merah ditutup
SHAH ALAM – Pejabat Mufti Sabah memutuskan bahawa kesemua masjid dan surau yang berada dalam zon merah di negeri itu ditutup berkuat kuasa hari ini sehingga 16 Oktober ini berikutan perintah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, semua aktiviti dan program di masjid atau surau juga ditangguhkan, malah solat berjemaah […]
SOP ketat masjid, Datuk Badli Shah rayu ahli akademik buat kajian
KUALA LUMPUR – Cerdik pandai dan ahli akademik institut pengajian tinggi (IPT) mahupun Pusat Kajian Perubatan di negara ini membuat kajian khusus berkenaan keabsahan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat di masjid pada masa ini. Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Datuk Badli Shah Alauddin berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac […]
Arab Saudi benarkan ibadat umrah mulai 4 Oktober ini
RIYADH – Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam. Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan. […]
Persidangan Halal Sedunia 2020 anjuran HDC diteruskan secara hybrid
KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) akan meneruskan Persidangan Halal Sedunia 2020 yang ke-12 (WHC2020) secara hibrid iaitu kombinasi maya dan fizikal pada 6 Okt, 2020 berikutan penularan wabak pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari berkata, persidangan yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka dilancarkan […]
RM400 juta jaya Tabung Musa’adah Covid-19
PENGKALAN CHEPA – Kerajaan membelanjakan kira-kira RM400 juta untuk menjayakan Tabung Musa’adah Covid-19 bagi membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak itu. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, menerusi usaha tersebut banyak pihak mendapat faedahnya. Katanya setakat ini hampir RM400 juta dapat manfaat Musa’adah Covid-19 termasuk program […]