Mujahid hasrat perkenal tahfiz agro

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berhasrat menjadikan pendidikan pertanian sebagai satu daripada cabang institusi tahfiz di negara ini menerusi konsep tahfiz agro. Beliau berkata, menerusi usaha tersebut, sesebuah institusi tahfiz termasuk pelajarnya bukan sahaja dapat mempelajari kemahiran tambahan tetapi turut menambahkan ilmu dalam bidang pertanian dan penternakan. […]