“Andai kiranya pihak tuan dapat memberi sumbangan …”
PUTRAJAYA – Jam 9 malam tadi (5 Januari), seorang mangsa banjir di Bukit Changgang menghubungi YADIM menerusi Facebook kami. Dalam mesej ringkasnya, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Yan itu memberitahu, keseluruhan kawasan kediaman mereka ditenggelami air. Puan Yan memohon agar YADIM dapat hadir menghulurkan bantuan kepada penduduk kawasan berkenaan, khususnya ibu mengandung dan […]
Misi bantuan pasca banjir SAY Kuala Langat
BUKIT CHANGGANG – Melihat sendiri kemusnahan yang dialami penduduk di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang angkara banjir, mengundang rasa sebak dan simpati dikalangan ahli Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat yang menziarahi mereka pada 2 Januari. Jika dilihat dari kesan banjir, ia hampir menenggelamkan sesebuah rumah penduduk. Bukan sekadar ziarah, tetapi program […]
300 pek makanan untuk mangsa banjir oleh SAY Kuala Langat
BUKIT CHANGGANG – Prihatin dengan kesulitan dihadapi mangsa banjir di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menyediakan makanan bermasak untuk mereka. Inisiatif Dapur Rakyat SAY Kuala Langat pada 28 Disember ini bermula dengan edaran 300 set makanan untuk 40 keluarga. Selain makanan, turut disumbangkan ialah toto, bantal dan selimut kepada […]
SAY Kuala Langat santuni mangsa banjir Labohan Dagang
LABOHAN DAGANG – “Tiada apa dapat diselamatkan,”. Sebaris ayat daripada mangsa banjir ini mengungkapkan betapa dahsyat bencana yang melanda kawasan ini. Berusaha membantu, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat turun padang membantu dengan menghulurkan sedikit sumbangan. Tidaklah seberapa nilai sumbangan berkenaan, pasti tidak dapat dbanding dengan kerugian yang ditanggung mangsa mangsa, namun Alhamdulillah, […]
SAY Kuala Langat ziarah kasih warga emas
BUKIT CHANGGANG – Meskipun kini banyak menumpukan perhatian kepada sumbangan pendidikan, namun program kebajikan tidak dilupakan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Pada 7 November mereka menziarahi keluarga seorang warga emas, pesakit buah pinggang di Tanah Rancangan Belia di sini. Turut diziarahi ialah keluarga seorang lagi warga emas di Dengkil yang bakal menjalani […]