Back to school SAY Kuala Selangor
TANJUNG KARANG – Sempena pembukaan sesi persekolah bagi 2022 yang bakal bermula tidak lama lagi, Sukarelawan YADIM (SAY ) Kuala Selangor turut tidak ketinggalan menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 11 Mac menerusi program Back To School, pasukan ini telah menyampaikan sumbangan beg sekolah untuk seramai 25 anak- anak asnaf di sini. Turut menerima sumbangan ini […]
TAHNIAH MIA SARA. MASYARAKAT PERLU LEBIH RAMAI ARTIS SEPERTI ANDA!
PUTRAJAYA – Kecekalan Mia Sara yang memilih untuk kekal bertudung meskipun diminta membukanya adalah satu sifat terpuji yang wajar dicontohi. Sifat seperti ini melambangkan kesungguhan beliau mempertahankan agamanya meskipun cuba diganggu gugat oleh cabaran industri. Mia Sara boleh memilih untuk membuka auratnya walaupun sedikit, atas alasan keperluan kerja yang mungkin juga akan memberinya jalan untuk […]
Solat Jumaat, fardu di Selangor ikut jumlah jemaah ditetapkan
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah ditetapkan mulai Isnin lalu. Pengarah JAIS Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa pandemik Covid-19 di kawasan setempat melibatkan masjid, surau kebenaran Jumaat serta surau di negeri berkenaan. Bagi […]
Cadangan supaya surau R&R, pusat beli-belah boleh dibuka semula
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan masjid dan surau di zon hijau serta kuning, menyediakan ruang solat khusus kepada penghantar makanan, pemandu e-hailing dan orang bermusafir untuk menunaikan solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu juga mencadangkan surau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan surau di pusat […]
KAFA dibuka semula pada 2 dan 3 Ogos
PUTRAJAYA – Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi sekolah di negeri dalam kumpulan A, merangkumi Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, akan dibuka kembali bermula 2 Ogos ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata, kelas KAFA bagi negeri-negeri dalam kumpulan B pula iaitu Perlis, […]
Buka tadika dan sekolah secara berperingkat : ABIM
SHAH ALAM – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran kepada sekolah rendah dan menengah untuk dibuka secara berperingkat mulai Julai untuk semua tahap murid susulan kebenaran beroperasi sepenuhnya taska. Naib Presiden ABIM (Pendidikan, Kebudayaan dan Kenegaraan), Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim berkata, keadaan itu sudah tentu memerlukan […]
Masjid Putra dibuka: Mujahid harap tiada lagi sekatan untuk pelancong
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, setakat ini tiada lagi penutupan membabitkan mana-mana masjid di Wilayah Persekutuan berikutan ancaman wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV). Beliau berkata, isu penutupan Masjid Putra di Putrajaya telah pun selesai dan setakat ini beliau tidak mendengar mana-mana masjid yang turut melakukan penutupan […]
Arab Saudi buka pintu kepada pelancong asing
RIYADH – Arab Saudi akan menawarkan visa pelancong asing buat kali pertama bagi 49 buah negara. Ia merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan ekonominya, selain daripada sumber minyak yang memacu ekonominya selama ini. Malah, Arab Saudi turut meminta syarikat-syarikat asing untuk melabur dalam sektor pelancong untuk menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) […]