Masjid, surau kariah Johor boleh guna wang tabung naikkan elaun imam, bilal dan noja – EXCO
BATU PAHAT: Pihak pengurusan masjid atau surau kariah di negeri ini dibenar menggunakan wang tabung untuk menaikkan elaun imam, bilal dan noja tanpa perlu mendapatkan kebenaran Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). EXCO Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata ia memandangkan kerajaan negeri berdepan kekangan kewangan untuk menaikkan elaun petugas terbabit. “Untuk […]
Peruntukan lebih RM103 juta untuk imam, bilal dan guru agama di Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah kewangan RM103.86 juta khusus kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Kelantan tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu membabitkan Imam seramai 1,170 orang dengan jumlah peruntukan RM11.9 juta dan elaun Guru Takmir seramai 341 orang […]
Terengganu lunas tunggakan elaun imam, bilal
KUALA TERENGGANU – Nasib 54 imam dan bilal yang dinafikan hak sejak tahun 2005 hingga 2018 terbela selepas kerajaan negeri melangsaikan elaun tunggakan mereka. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya memandang serius kebajikan imam dan bilal termasuk yang ditahan elaun tanpa sebab yang munasabah. Katanya perbezaan pandangan dan parti antara faktor yang […]
Imam, bilal tolak vaksin diberi kaunseling
KOTA BHARU – Golongan imam dan bilal yang menolak vaksin Covid-19 akan diberi kaunseling untuk menyedarkan mereka kepentingan menerima suntikan tersebut bagi mengekang jangkitan Covid-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ketika kadar jangkitan pandemik itu masih tinggi di negara ini, terdapat dalam kalangan imam dan […]
Sultan Selangor titah percepat vaksinasi kepada imam, bilal, siak
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 29 Julai bertitah menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor supaya mempercepatkan proses vaksinasi COVID-19 kepada para imam, bilal dan siak di masjid serta surau, dan jurunikah di seluruh Selangor. Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, […]
Tok Bilal dan Tok Noja ‘frontliner’ rumah Allah
KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya sambutan Maal Hijrah 1442H pada tahun ini, kategori Anugerah Tokoh Bilal dan Tokoh Noja diwujudkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan kedua-dua individu yang memegang jawatan ini sebagai barisan hadapan rumah Allah’ kerana sentiasa menjadi orang terawal tiba di masjid. “Peranan […]
Bilal mangsa simbah petrol dan bakar meninggal dunia
ALOR SETAR – Seorang bilal masjid yang melecur akibat dibakar selepas disimbah petrol bulan lalu dilaporkan meninggal dunia hari ini setelah 22 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Anak sulung bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong, Amri Budin, 66, memaklumkan ayahnya tidak menunjukkan tindak balas kepada ibunya, Habsah Mustafa […]
Remaja buta diangkat menjadi bilal Masjid Negeri Selangor
SHAH ALAM – Seorang orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan sejak lahir tidak menyangka akan dilantik menjadi bilal bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pertama kali dalam sejarah buat masjid tersebut. Mohammad Syafiizwan Mohd Suhaini, 19, yang berasal dari Kampung Bukit Kerayong Klang itu dilantik pada 1 Ogos lalu selepas berjaya melalui pemilihan Akademi […]
Imam, bilal dilarang berpolitik
PONTIAN – Imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid serta surau di negeri ini sekali lagi diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik termasuk yang membabitkan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, larangan itu termaktub di bawah Enakmen Jabatan Agama Islam Negeri Johor. “Saya […]
RM11.7 juta untuk imam, bilal, siak di Kelantan
KOTA BHARU 13 Feb. – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM 11,733,000 untuk bayaran ‘one-off’ kepada 7,822 penerima terdiri daripada bilal, siak, imam, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bayaran khas sebanyak RM1,500 setiap seorang itu adalah […]