Zakir Naik seru umat Islam manfaatkan media sosial demi dakwah
PUTRAJAYA – Kemunculan semula pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik ternyata menjadi antara tarikan Konvensyen Antarabangsa Melestari Pembangunan Gerakan Dakwah 2022. Meskipun kali ini beliau tidak berdebat, namun penampilan eksklusif dirinya bagi memberikan ucapan program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu tetap memiliki aura tersendiri. Malahan Tokoh Maal Hijrah 2013 yang berasal dari India dan […]
Bicara Dakwah Rasulullah mulakan program lawatan kerja YADIM di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Program ‘Bicara Dakwah Rasulullah : Dakwah Dalam Berniaga’ anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu memulakan program badan dakwah itu di negeri ini pada 10 September. Ucaptama dan perasmian program disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan. Hadir sama ke program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul […]
PKPB: Bicara malam di Mahkamah Syariah atasi kes tertangguh
KUALA LUMPUR – Mahkamah syariah dijangka perlu melanjutkan prosiding hingga sebelah malam, bagi menangani kes yang tertangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana COVID-19. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya menggalakkan prosiding hingga malam kerana mengambil kira, tiga bulan mahkamah tidak mengendali kes. Beliau berkata, pandemik […]
Program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah & Bicara Rahmah
KUALA LUMPUR – Bertempat di Asrama Sentosa di Sentul, di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 Ogos lalu telah menganjurkan Program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah & Bicara Rahmah. Program yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pasukan Kebajikan Kanak – Kanak Sentul & Sekolah Asrama Sentosa ini disertai oleh 50 pelajar […]
Alvin Chow mengaku hina agama
KUALA LUMPUR – Lelaki yang mencetuskan kontroversi kerana menghina Nabi Muhammad dan melakukan provokasi berbaur perkauman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari atas lapan pertuduhan yang dilakukan pada Februari dan Mac lalu. Penjaja makanan, Alvin Chow atau Chow Mun Fai, 43, yang sebelum ini mengaku tidak salah atas pertuduhan sama menukar pengakuannya itu […]
Kerani ugut tumbuk Mufti Perlis didakwa di mahkamah
KANGAR – Seorang kerani sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini (6 Mei) atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Y. Kumaresan, 36, dari Gelugor, Pulau Pinang didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Asri dengan niat untuk menyebabkan cedera parah dengan cara: “akan punch (tumbuk) […]