Sukarelawan Eksplorasi Kota Kami Prihatin
KUALA LUMPUR – Membanteras masalah sosial terutamanya gejala dadah memerlukan usaha berterusan dan konsisten, selain kerjasama pelbagai agensi. Menyedari hakikat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 24 Ogos telah menyertai program berbentuk ‘Street Dakwah’, iaitu acara ‘Sukarelawan Eksplorasi Kota Kami Prihatin’ yang bertujuan menyantuhi beberapa golongan seperti gelandangan, penagih dadah, remaja berisiko dan sebagainya. […]
Kerajaan akan bantu pusat tahfiz berisiko
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membantu lebih 400 pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara yang terdedah kepada risiko kebakaran menerusi peruntukan RM50 juta seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mengenal pasti pusat tahfiz berisiko berkenaan. […]