150 pek makanan untuk keluarga pelajar yatim di Rompin
KERATONG 4 – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 23 Julai menyampaikan sumbangan 150 oek makanan kepada keluarga pelajar miskin dan memerlukan Sekolah Kebangsaan Keratong 4 dan Sekolah Kebangsaan Melati di sini. Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan […]
RM5 kadar zakat fitrah wajib Wilayah Persekutuan – Zulkifli
KUALA LUMPUR – Kadar zakat fitrah wajib di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata selain itu, kadar RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan dan bergantung kepada jenis beras yang dimakan. “RM5 iaitu kadar wajib […]
Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7
SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Selangor tahun ini pada kadar RM7 seorang, sama seperti tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M.Yusop berkata, kadar itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengekalkan kadar sama. “Penetapan kadar zakat fitrah RM7 adalah berdasarkan […]
Melaka sasar capai kutip 20 peratus zakat fitrah pada kadar RM14 dari golongan berkemampuan
MELAKA – Kerajaan negeri Melaka sasar mampu mencapai tahap kutipan 20 peratus zakat fitrah pada kadar RM14.00 daripada golongan berkemampuan di negeri ini. Ketua Menteri Melaka, Adly zahari berkata buat kali pertama Melaka memperkenalkan dua jenis kadar zakat iaitu RM7.00 bagi orang biasa dan RM14.00 bagi mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih berdasarkan harga beras […]
Tiga pilihan kadar zakat fitrah di Perak
IPOH – Pembayaran zakat fitrah bagi tahun 1440H/2019M di negeri ini ditetapkan pada tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14, RM21. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali Ke-216 pada 16 Januari lalu bagi penetapan […]
Kadar zakat fitrah Selangor kekal RM7
SHAH ALAM – Kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7 seorang tahun ini, menurut kenyataan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kenyataan itu menyebut kadar itu ditetapkan berdasarkan harga beras semasa bagi beras Super Tempatan Gred A. “Bagi golongan berkemampuan, mereka boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri sendiri dan tanggungan,” […]
Kadar zakat fitrah di Kedah kekal RM7
ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan kadar zakat fitrah diwajibkan kepada umat Islam di Kedah tahun ini kekal dengan kadar minimum RM7 seorang. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman berkata, penetapan itu mengikut harga bagi timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg). Bagaimanapun, Syeikh Zakaria berkata, golongan […]
Zakat Fitrah Melaka RM7, RM14
AYER KEROH – Bermula tahun ini, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah kepada umat Islam iaitu RM7 dan RM14. Ketua Menteri, Adly Zahari yang juga Pengerusi MAIM berkata, ketetapan harga itu dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin […]
MAINJ tetap kadar zakat fitrah RM7 dan RM10 tahun ini
JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan dua kadar harga zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7 dan RM10. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan berkata ketetapan harga itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dengan pengesahan MAINJ. Katanya, penetapan harga fitrah adalah berdasarkan kepada harga […]