Bantuan RM100 kepada pelajar IPT dibayar hari ini

PUTRAJAYA – Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang memanfaatkan 1.2 juta pelajar di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini (28 Mac 2019). Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, bantuan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar daripada peruntukan sebanyak RM120 juta itu akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat. […]

Lebih 75,000 pesara terima bayaran khas RM500 esok

PUTRAJAYA – Seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 secara “one-off” atau sekali sahaja, mulai esok, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). JPA dalam kenyataan hari ini berkata bantuan itu dilaksanakan sejajar dengan keputusan Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada 2 Nov 2018. “Keprihatinan kerajaan dalam melaksanakan pembayaran secara one-off sebanyak […]

Kerajaan akan terus bantu industri pembuatan tempatan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan dan sokongan kepada penggiat industri pembuatan tempatan, setakat yang termampu. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kemampuan kewangan kerajaan adalah terhad, namun kerajaan mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara industri. “Syarikat yang menerima bantuan perlu lebih berusaha untuk berjaya sehingga tidak memerlukan lagi bantuan kerajaan. […]

Wakil rakyat kena ikut ajaran Islam permudah urusan rakyat

NAMA Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Berusia 55 tahun, Chee Heng cukup terkenal dengan kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan sejak sekian lama. Lelaki yang berasal dari Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat, Johor ini pernah bertugas sebagai anggota polis selama enam tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya dan menceburi […]

Aman Palestin mohon sumbangan musim sejuk untuk Syria

BANGI – Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberikan sumbangan kepada rakyat di Syria yang bakal mengharungi musim sejuk tidak lama lagi. Pengurus Aman Palestin Cawangan Shah Alam, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata, sebahagian besar rakyat Syria hanya tinggal dalam khemah yang diperbuat daripada kanvas yang serba kekurangan. Lebih mencabar […]