CIMB sumbang RM150,000 bantu usaha Musaádah Covid-19 YADIM

PUTRAJAYA – Yakin dengan kemampuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usahanya menyantuni golongan yang terkesan dengan musibah Covid-19, CIMB Islamic Bank pada 21 Mei telah menyumbangkan sebanyak RM150,000 kepada badan dakwah ini. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Ahmad Shahriman Mohd Shariff kepada Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik […]

Istana Negara serah sumbangan kepada keluarga hidup susah sara 9 anak, 4 cacat

PETALING JAYA – Istana Negara pada 30 April menyampaikan bantuan kepada keluarga Suhaily Ramli, 44, bekas pembantu jururawat yang berdepan kesukaran menjaga 9 anaknya yang mendapat perhatian banyak pihak sejak kisah mereka disiarkan hujung minggu lalu. Kisah penderitaan keluarga Suhaily dan suaminya Samsudin Ramli, 48, dilaporkan FMT Ahad lalu. Sejak itu keluarga itu menerima bantuan […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Sarawak sasar 550 penerima

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak mensasarkan 550 penerima bakal menerima manfaat program Musa’adah Covid-19: YADIM Peduli yang bermula sejak 20 April lalu. Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, mereka terdiri daripada saudara kita, ahli Tabligh yang positif Covid-19, ahli Rakan Siswa YADIM (RSY) dan pelajar institusi pengajian tinggi serta masyarakat […]

1,000 unit PPE untuk petugas barisan hadapan dari YADIM

SHAH ALAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menerusi kerjasama dengan akhbar Sinar Harian Kumpulan Karangkraft menyumbangkan kira kira 1,000 unit Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan di sekitar Lembah Klang. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada fasa pertama usaha badan dakwah ini menyantuni empat golongan yang terjejas dengan musibah Covid-19 iaitu pelajar institusi pengajian […]

Muslim Care bantu pesakit dialisis di Gaza

KUALA LUMPUR – Bukan hanya rakyat Malaysia dibantu, malah Muslim Care Malaysia turut menghulurkan sumbangan kemanusiaan kepada penduduk Islam ditindas di Tebing Gaza, Palestin. Difahamkan sebanyak lebih 200 pek makanan disumbangkan khusus untuk pesakit dialisis di Kompleks Kesihatan Nasseer, di Wilayah Khan Yunis, Gaza. Setakat ini sumbangan itu diedarkan selama dua hari dengan kos sebanyak […]

Abdul Rahman akan dibantu YADIM Sarawak.

Merujuk kepada laporan akhbar Harian Metro pada 29 Mac 2020 (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559811/kami-makan-apa-sahaja-janji-perut-beralas ) bertajuk ‘Kami makan apa sahaja, janji perut beralas’, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin memberi maklum balas berhubung perkara berkenaan. YADIM memandang serius masalah yang dihadapi oleh bekas Daie YADIM, Abdul Rahman bin Abdullah @ Dino Anak Jarabun yang terputus mata pencarian akibat […]

PM harap pusat zakat seluruh negeri proaktif bantu insan terjejas

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri mengambil langkah proaktif membantu asnaf yang sedang menghadapi kesukaran hidup ketika langkah mengekang wabak koronavirus (Covid-19) sedang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata, ini termasuk membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika keadaan ekonomi pada masa ini walaupun mereka tidak disenarai sebagai asnaf. […]

Jakim lancar Tabung Musa’adah COVID-19 bantu pihak terjejas

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan Tabung Musa’adah COVID-19 sebagai inisiatif membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sumbangan ke tabung berkenaan boleh dibuat melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (16027010001528) atas nama Tabung Bencana Alam dengan rujukan derma […]

Zakat Selangor agih RM15 juta bantu pihak terjejas Covid-19

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan khas sebanyak RM15 juta sebagai bantuan segera bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Ketua pegawai eksekutif LZS Saipolyazan M Yusof berkata, agihan itu bertujuan membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan pekerja berpendapatan rendah yang terjejas […]

Zakat Pulau Pinang salur RM500 bantu peniaga kecil asnaf

BUKIT MERTAJAM – Zakat Pulau Pinang (ZPP) paa 19 Mac mengumumkan bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata langkah itu diambil memandangkan golongan itu berdepan […]