300 pek makanan untuk mangsa banjir oleh SAY Kuala Langat

BUKIT CHANGGANG – Prihatin dengan kesulitan dihadapi mangsa banjir di sini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menyediakan makanan bermasak untuk mereka. Inisiatif Dapur Rakyat SAY Kuala Langat pada 28 Disember ini bermula dengan edaran 300 set makanan untuk 40 keluarga. Selain makanan, turut disumbangkan ialah toto, bantal dan selimut kepada […]

Mangsa banjir Kampung Lubuk Jaya disantuni SAY Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – Hanya mangsa saja yang tahu betapa perit dan letihnya membersihkan kediaman selepas banjir. Pilih apa yang terpaksa dibuang, pilih apa yang boleh diselamatkan, bersihkan perabot, bersihkan lumpur dan pelbagai lagi kerja kerja yang perlu dibuat. Pendek kata bantuan orang ramai memang diperlukan. Prihatin dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) […]

SAY Kuala Langat santuni mangsa banjir Labohan Dagang

LABOHAN DAGANG – “Tiada apa dapat diselamatkan,”. Sebaris ayat daripada mangsa banjir ini mengungkapkan betapa dahsyat bencana yang melanda kawasan ini. Berusaha membantu, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat turun padang membantu dengan menghulurkan sedikit sumbangan. Tidaklah seberapa nilai sumbangan berkenaan, pasti tidak dapat dbanding dengan kerugian yang ditanggung mangsa mangsa, namun Alhamdulillah, […]

Johor terus tambah sukarelawan bantu mangsa banjir

HULU LANGAT – Prihatin, cakna dan penuh semangat kesukarelawanan.  Mungkin itu boleh disimpulkan untuk Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) dari Johor yang terlibat dengan aktiviti aktiviti membantu mangsa banjir di sini. Tak cukup dengan mereka yang sudah ada di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di sini, SAY Johor menambah lagi bilangan petugas mereka untuk […]

Cuci Cuci Tadika KEMAS Al Wafiq

KUALA SELANGOR – Pasca kejadian banjir menyaksikan mangsa bertungkus lumus membersihkan kediaman masing masing. Pada masa yang sama terdapat juga keperluan untuk membersihkan kemudahan awam seperti rumah ibadat, sekolah dan sebagainya. Mengambil tanggungjawab ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor pada 25 Disember telah mengambil inisiatif membersihkanTabika KEMAS Al Wafiq, Jalan Cenderawasih, Bukit […]

Misi bantuan pasca banjir Rakan Siswa YADIM

HULU LANGAT – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Melalui inisiatif #RSYCaknaBanjir, beberapa pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) telah turun ke lapangan mengedarkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di sini. Sejak awal kejadian banjir, RSY bersama YADIM merupakan antara yang pertama sampai ke  Kampung Sungai Lui dan Kampung Jawa, di sini bagi menyantuni […]

Yadim salur peruntukan segera RM500,000 untuk mangsa banjir

MELAKA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM500,000 dalam pelbagai bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa banjir, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Beliau berkata, peruntukan berkenaan termasuk wang tunai berjumlah RM20,000 kepada negeri yang terjejas banjir, barangan keperluan dan pembukaan Dapur Rakyat di kawasan terjejas banjir. […]

Terus santuni penduduk, YADIM sedia bantu baiki, bina kemudahan tandas, saliran air.

HULU LANGAT – Kemusnahan yang ditanggung penduduk di kawasan ini akibat banjir baru baru ini ternyata bukan sedikit. Ia sudah pasti menelan belanja besar, selain mengambil masa yang lama untuk pulih. Antara yang memerlukan pembaikan segera, sudah tentu kemudahan asas rumah seperti tandas, saliran air dan sebagainya. Atas rasa bertanggungjawab dan sebagai melestari gerakan dakwah, […]

Pelatih ADMY bantu bersih kediaman mangsa banjir di Kampung Jawa

HULU LANGAT – Sebagai antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana banjir, daerah ini memerlukan banyak pertolongan untuk membantu penduduknya kembali bangkit. Untuk tujuan itu,pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) telah bergandingan dengan Rakan Siswa YADIM serta rakan kerjasama, badan bukan kerajaan Serantau Muslim membantu membersihkan sebanyak empat kediaman penduduk Kampung Jawa di sini pada […]

Gotong royong memasak dan mengagihkan makanan untuk mangsa banjir Paya Besar

PAYA BESAR – Di kawasan ini, ada mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ada pula yang berpindah ke rumah ahli keluarga dan ada juga yang bertahan di rumah atau kawasan tinggi sekitar rumah masing-masing.  Berusaha menyantuni mereka yang terlibat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama Masjid Al-Bukhari Nurul Aman, Taman […]