Ritual tolak banjir bercanggah ajaran Islam
JELI – Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap Jabatan Agama […]
“Andai kiranya pihak tuan dapat memberi sumbangan …”
PUTRAJAYA – Jam 9 malam tadi (5 Januari), seorang mangsa banjir di Bukit Changgang menghubungi YADIM menerusi Facebook kami. Dalam mesej ringkasnya, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Yan itu memberitahu, keseluruhan kawasan kediaman mereka ditenggelami air. Puan Yan memohon agar YADIM dapat hadir menghulurkan bantuan kepada penduduk kawasan berkenaan, khususnya ibu mengandung dan […]
Misi pasca banjir SAY di Bukit Besi
DUNGUN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) di Terengganu pada 5 Januari meneruskan usaha mereka melestari gerakan dakwah apabila turun padang membersihkan tiga lokasi di sini. Seramai 20 anggota SAY dari Marang, Kuala Nerus dan Dungun menyertai sukarelawan daripada 11 agensi yang sama sama terlibat antaranya Amal Malaysia, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dewan […]
Sejadah, telekung untuk mangsa banjir di Johor
SEGAMAT – Seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negeri ini akhirnya turut dilanda banjir. Di daerah ini, beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka sejak beberapa hari yang lalu bagi menampung mangsa banjir yang mula berpindah. Cakna dengan keperluan untuk beribadah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) membantu melengkapkan keperluan di surau surau yang disediakan […]
Hari kedua misi ke Bentong: Santuni dan jadi pendengar kisah banjir penduduk
BENTONG – “Laju air masuk rumah malam tu, tak sempat nak angkat apa-apa, kami semua naik tingkat atas,”. “Tunggu petang barulah bot sampai, tak sangka air tinggi sampai tahap ini,”. “Air naik sampai lantai tingkat 2, kami hanya mampu dengar satu demi satu barang barang jatuh,”. Itulah antara kisah benar yang dikongsikan kepada Pengarah YADIM […]
SAY terus tabur bakti
HULU LANGAT – Datang sendiri ke Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di sini dari Seremban tanpa sebarang bayaran. Memandu kenderaan sendiri untuk bantu mangsa banjir tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Tak ramai yang mampu berbuat begini, malah jiwa kesukarelawanan mereka mengatasi apa yang ditunjukkan golongan lebih muda. Namun itulah yang ditunjukkan Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Sembilan. […]
SAY Kedah turun Bentong
BENTONG – Prihatin dengan musibah banjir yang melanda Pahang baru-baru ini, pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kedah telah hadir ke daerah ini pada 2 Januari untuk membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang terjejas. Seramai 30 ahli SAY Kedah disertai rakan badan bukan kerajaan Khidmat Malaysia dari Kuala Kedah menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong yang […]
Misi bantuan pasca banjir SAY Kuala Langat
BUKIT CHANGGANG – Melihat sendiri kemusnahan yang dialami penduduk di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang angkara banjir, mengundang rasa sebak dan simpati dikalangan ahli Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat yang menziarahi mereka pada 2 Januari. Jika dilihat dari kesan banjir, ia hampir menenggelamkan sesebuah rumah penduduk. Bukan sekadar ziarah, tetapi program […]
SAY tolong Pak Long.
JELEBU – Kampung Seri Juntai, Simpang Durian di sini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni mangsa banjir oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Kali ini mereka membersihkan kediaman seorang penduduk yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long di kampung tersebut. 30 Sukarelawan YADIM bertolak dari Ibu pejabat YADIM sebelum memulakan kerja kerja pembersihan selama empat jam […]
YADIM Terengganu siaga bantu mangsa banjir
DUNGUN – Hujan turun sejak malam tadi di Kampung Pasir Raja di sini, malah menjadi lebat pagi 30 Disember. Paras air Sungai Dungun juga sudah naik. Pun begitu, ia tidak menjadi penghalang kepada pasukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan 20 Sukarelawan YADIM yang berada di Dapur Rakyat YADIM bagi mengagihkan bantuan untuk masayarakat […]