Cuci Cuci di Kampung Nering
BALING – Sukarelawan YADIM Baling, Sungai Petani dan Pendang pada 7 Julai turun padang ke Kampung Nering, Baling bagi membantu mencuci kediaman penduduk yang dilanda banjir dalam bencana yang melanda daerah berkenaan baru baru ini. Ia turut disertai oleh Rakan Siswa YADIM Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Secara keseluruhan, seramai 40 ejen […]
Alhamdulillah, selesai agihan 40 set sumbangan Bahagian Khidmat Bakti YADIM di Baling pada 6 Julai.
Tetapi YADIM akan meneruskan program di kawasan ini hingga sebelum Aidiladha kelak bagi menyantuni dan memberi sedikit keceriaan kepada mangsa. Akan ada program Cuci Cuci umpamanya, membersihkan kediaman dan kemudahan awam seperti surau dan sebagainya. Sukarelawan YADIM Kedah dan Rakan Siswa YADIM Kedah juga sedia membantu. Program hari ini bermula dengan sesi taklimat daripada Pegawai […]
Bicara Dakwah dan penyampaian sumbangan di DUN Bayu
BALING – Program YADIM Kedah hari ini (24 Januari) berakhir jam 3 petang dengan Bicara Dakwah dan penyampaian sumbangan di kawasan Dewan Undangan Negeri Bayu. Majlis ilmu dan penyampaian musa’adah ini diadakan di perkarangan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Yang Berhormat Cikgu Nasir Idris di Kampung Bechah Sawa, di sini. Pengarah YADIM Kedah Ustaz […]
YADIM Interaktif di Memali
BALING – Dalam usaha melestarikan gerakan dakwah di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menganjurkan program YADIM Interaktif : Bicara Dakwah, Kuliah Dhuha Khas di Surau Madrasah Islahiah Diniah, Memali di sini pada 19 November. Seramai 200 orang hadirin terdiri daripada warga madrasah dan masyarakat setempat telah hadir mendengar kuliah ilmu yang […]
Bulan Dakwah 2.0 di Kampung Lanai
BALING – Kampung Lanai dan beberapa kawasan lagi di sini menjadi lokasi terbaharu program Bulan Dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Dua program berlangsung pada 13 November. Ia dimulakan dengan Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Intaz Safinaz di sini. Ceramah disampaikan oleh Ust Haji Azmi Mohammad dari YADIM Kedah. […]
35 OKP Baling disantuni YADIM Kedah
BALING – Semua orang layak mendapat peluang kedua, dalam apa jua perkara. Begitu juga dengan Orang Kena Pengawasan (OKP) oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Tidak seharusnya mereka dipinggirkan hanya kerana kisah silam. Golongan ini juga terkesan dengan penularan Covid-19. Justeru pada 15 Oktober, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama AADK Negeri Kedah dan […]
Kempen kibar Jalur Gemilang dan Musaadah 3.0 di Kupang, Kedah
BALING – Program Bulan Kemenangan sempena Maal Hijrah dan Kemerdekaan Negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di negeri ini diteruskan pada 5 September dengan kempen kibar Jalur Gemilang dan Musaadah 3.0 di sini. Seramai 110 guru prasekolah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah disantuni YADIM Kedah dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) […]
“Pernah terputus bekalan, ada ustaz minta hubungi YADIM”
LATA CELAK – Perjalanan ke rumah pemohon kali ini agak mencabar. Jalan berlumpur, licin dan berbatu ditempuhi sebelum kami akhirnya sampai ke rumah yang dihajati. Ishak Saad atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Paktam Sahak, 54 tahun, merupakan seorang bapa kepada tujuh orang anak. Isterinya, Namisah Haya diuji dengan sakit tulang belakang. Rawatan terapi terpaksa […]
Musaádah YADIM Kedah di Kampung Lanai
BALING – Bertempat di Kampung Lanai di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malayaia (YADIM) Kedah pada 26 Jun telah mengadakan program Musaádah Covid-19 dengan kerjasama Masjid Intan Safizah dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Lanai. Program bermula dengan pemberian sumbangan di perkarangan masjid kepada seramai 30 penerima yang terkesan dengan Covid-19 dan asnaf. Mereka kebanyakannya terdiri […]
Musa’adah pesakit kronik,OKU dan warga emas Baling
BALING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Jun telah menyantuni penduduk beberapa kampung di daerah ini yang terkesan dengan Covid-19. Sebanyak 30 pek makanan disumbangkan kepada pesakit kronik, Orang Kelainan Upaya dan warga emas di Kampung Bendang Padang, Tanjung Nering dan Bok Bak di sini. Meskipun hujan turun ketika program dijalankan, ia […]