Jakim hargai peruntukan untuk hal ehwal Islam
BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyambut baik serta merakamkan penghargaan terhadap Kerajaan Persekutuan kerana telah meningkatkan peruntukan bagi pengurusan hal ehwal Islam yang dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan, semalam. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, dengan peruntukan ini, Jakim akan meneruskan program-program bagi meninggikan syiar Islam selain program komited di seluruh negara. […]
Pemilik kereta mewah, jangan haraplah
KUALA LUMPUR – Pemilik kereta mewah dengan kapasiti enjin di bawah 1,500cc diingatkan jangan berharap untuk menikmati subsidi minyak bersasar seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2019, semalam. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, mekanisme pemberian subsidi bahan api berkenaan masih dalam kajian dan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh suku kedua tahun depan. “Sebenarnya kita […]
Inti pati Belanjawan 2019
KUALA LUMPUR – Berikut ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera. Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu. […]
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mengenai Belanjawan 2019
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta untuk hal ehwal agama Islam. Jumlah yang diberikan kepada kementerian ini pada belanjawan 2019 ialah sebanyak RM1.2 bilion berbanding RM 1.1 bilion pada tahun lalu. Dengan peningkatan jumlah peruntukan ini, ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah sekali-kali mengenepikan atau berniat untuk […]
RM1.2 bilion pastikan kemajuan syiar Islam tahun depan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion tahun depan berbanding RM1.1 bilion tahun ini bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai agama rasmi yang mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan, sejumlah RM150 juta pula disediakan bagi melaksanakan program-program tertentu. Katanya, ia […]
Cukai baharu diumum esok
PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan satu cukai baharu yang dijangka tidak membebankan rakyat dalam pembentangan Bajet 2019, esok, 2 November. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, hasil cukai tersebut akan digunakan kembali bagi tujuan kepentingan rakyat dan mengurangkan beban untuk membayar balik hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. “Maklumat lanjut berkaitan cukai ini […]