Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Sayembara Cerpen Kanak-Kanak YADIM
KUALA LUMPUR – YADIM pada 3 Jun melancarkan empat judul buku baharu terbitannya yang dilihat mampu menarik minat pembaca, khususnya kalangan generasi muda di negara ini. Ia disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Na’im Haji Mokhtar di sini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala […]
YADIM terima 12 ALPA baharu
PUTRAJAYA – Seramai 12 individu profesional berkelayakan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) baharu YADIM bagi memacu dan memperkasa inisiatif melestari gerakan dakwah badan ini. Lantikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini adalah berkuatkuasa pada 3 Mei 2023 untuk selama dua tahun. Dua belas orang lantikan ALPA berkenaan ialah […]
Penyelaras baharu YADIM untuk Selangor dan Negeri Sembilan
PROGRAM Program YADIM di Selangor dan Negeri Sembilan bakal diperhebatkan lagi selepas ini menerusi jalinan kerjasama bersama rakan strategik seperti jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, komuniti, tokoh masyarakat dan badan bukan kerajaan. Badan dakwah ini telah melantik dua penyelaras yang baharu bagi kedua negeri tersebut. Kedua tenaga muda tersebut yang diharap membawa idea segar dakwah […]
YADIM mahu lahir lebih ramai kakitangannya jadi pendakwah bertauliah
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat melahirkan lebih ramai pendakwah bertauliah di kalangan kakitangannya dalam usaha menyebar luas kegiatan syiar Islam. Ia juga bagi meninggikan lagi martabat Islam dan kesejahteraan ummah. Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Zamri Zainal Abidin berkata, ia selaras dengan visinya untuk menjadikan YADIM sebagai hab pendakwah bertauliah di negara […]
Zamri Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif baharu YADIM
PUTRAJAYA – Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Yang Berusaha Tuan Haji Zamri Zainal Abidin kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YADIM yang baharu. Lantikan berkuat kuasa 15 Februari 2023 itu adalah bagi menggantikan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang sebelum ini berkhidmat di badan dakwah ini sejak 2019. Zamri berpengalaman dalam pentadbiran awam […]
Lantikan baharu Ikon YADIM penerus usaha melestari gerakan dakwah
PUTRAJAYA – Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dilantik bagi menghasilkan impak tinggi program badan dakwah ini ternyata memberi kesan positif dalam sebarang aktviti yang disertai. Baik dalam medium maya atau secara fizikal di lapangan, kehadiran meraka menarik perhatian ramai dalam usaha melestari gerakan dakwah. Justeru bagi meneruskan inisiatif berkenaan, seramai sembilan ikon YADIM […]
Arab Saudi cadang wujud mekanisme baharu visa umrah
RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanisme baharu untuk pembelian pakej umrah serta mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara. Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian. Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan […]
Idris dilantik Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)
KUALA LUMPUR: Muka baru, Yang Berhormat Senator Ustaz Idris Haji Ahmad dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang. Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary pula dilantik sebagai timbalan Idris. Ahmad Marzuk ialah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan memegang jawatan sama dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin […]
Dua mahkamah syariah baharu bakal beroperasi
JEMPOL – Dua kompleks mahkamah syariah baharu iaitu di Kuantan, Pahang dan Kota Kinabalu, Sabah bakal beroperasi tidak lama lagi. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Kompleks Mahkamah Syariah Pahang dijangka siap pada awal Mac depan manakala Kompleks Mahkamah Syariah Sabah dijangka siap pada pertengahan April tahun ini. […]
Mesyuarat pertama ALPA YADIM yang baharu dilantik
PUTRAJAYA – Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu dilantik hari ini (7 September) mengadakan mesyuarat pertama mereka di ibu pejabat badan dakwah itu di sini. Seramai 10 ALPA termasuk Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalannya, Yang Berbahagia Dato’ Dr Fakhrudin Abdul Mukti bersama Ketua Pegawai Eksekutif […]