150 keluarga terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM
KOTA DAMANSARA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus turun padang menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19. Program pada 31 Mac ini menyantuni seramai 150 keluarga yang memerlukan di sekitar Lembah Klang iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pahang di Bangsar, PPR Desa Mentari di Petaling Jaya sebelum yang terakhir di Gugusan Dedap, […]
Covid-19: YADIM Kedah santuni penjaja, OKU terjejas
YAN – Musibah Covid-19 memberi kesan kepada semua di negara ini, lebih lebih lagi pihak yang sebelum ini sudah kurang bernasib baik. Prihatin dengan keadaan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, pada 28 Mac telah turun padang menyantuni golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan asnaf di sekitar daerah ini menerusi penyampaian sumbangan barangan keperluan […]
MAINJ akan salur 13 jenis bantuan sepanjang PKP
JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) akan menyalurkan 13 jenis bantuan berjumlah RM5.71 juta kepada golongan yang ditimpa musibah akibat COVID-19 sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata bantuan disalurkan itu termasuk pemberian wang tunai […]
PM harap pusat zakat seluruh negeri proaktif bantu insan terjejas
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri mengambil langkah proaktif membantu asnaf yang sedang menghadapi kesukaran hidup ketika langkah mengekang wabak koronavirus (Covid-19) sedang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata, ini termasuk membantu mereka yang terjejas pendapatan ketika keadaan ekonomi pada masa ini walaupun mereka tidak disenarai sebagai asnaf. […]
MAIPs bantu asnaf terjejas akibat Covid-19
KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) komited membantu golongan asnaf terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, urusan utama membabitkan asnaf diteruskan meskipun terpaksa menangguhkan urusan di kaunter pejabat MAIPs bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Baginda bertitah, […]
YADIM Johor santuni asnaf Parit Yaani
BATU PAHAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 31 Januari telah menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Parit Yaani di sini. Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam program Ziarah Asnaf. Hadir sama ialah […]
11,900 pelajar asnaf terima bantuan persekolahan bernilai RM1.56 juta
MELAKA – Seramai 11,900 pelajar asnaf di seluruh negara menerima bantuan persekolahan bernilai RM1.56 juta menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat @ Kementerian Pembangunan Usahawan (CSR@MED): Back to School. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata program tahunan melibatkan agensi di bawah kementerian seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Bank Rakyat, […]
Program Iqra’ TH sumbang RM5 juta bantu pelajar asnaf
KUALA LUMPUR – Prihatin terhadap nasib pelajar berstatus asnaf, Lembaga Tabung Haji (TH), menyumbang sebanyak RM4.5 juta kepada enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar Lembah Klang. Ia bakal dimanfaatkan lebih 2,200 pelajar asnaf di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya […]
Kerajaan mahu Program TUBE diperluas kepada asnaf
SINTOK – Kerajaan berharap SME Corporation Malaysia (SME Corp) dapat memperluaskan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) kepada para asnaf bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan ahli perniagaan, sekaligus menambah baik kualiti hidup golongan itu. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata langkah itu juga adalah sebagai usaha untuk mentranformasikan golongan […]
YADIM Perlis ziarahi golongan kurang bernasib baik
KANGAR – Seramai 50 orang daripada golongan kurang benasib baik disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis dalam program Ziarah Rahmah yang diadakan di sekitar bandar ini dan Sanglang pada 29 Oktober. Program dijayakan oleh YADIM Perlis dan Sukarelawan Al Rahmah ini, turut disertai oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dan […]