Tiada maklumat pembukaan dua masjid suci 8 pada Ramadan

KUALA LUMPUR: Tiada maklumat mengenai pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan seperti yang tular di media sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau telah menghubungi Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan berhubung perkara itu. “Saya telah berhubung dengan Duta Arab Saudi pada […]

Arab Saudi tarik balik sebahagian perintah berkurung

MOSCOW – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara ditarik balik kecuali di Makkah dan sejumlah kawasan lain yang ditetapkan bermula Ahad hingga 13 Mei, memetik agensi berita Arab Saudi (SPA). Agensi berita Sputnik melaporkan di bawah dekri itu kedai runcit dan beli-belah kembali beroperasi manakala kerja-kerja […]

Malaysia akur pendirian Arab Saudi tangguh ibadah haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akur pendirian Arab Saudi yang menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terpulang kepada kerajaan Arab Saudi kerana mereka lebih memahami keadaan di sana. Bagaimanapun katanya, pihaknya akan mengikuti perkembangan dari semasa […]

Tangguh dulu rancangan kerja haji

RIYADH – Arab Saudi menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji sehingga wabak COVID-19 dapat dikawal. Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten, berkata Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah. “Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai wabak global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat. “Oleh itu, kita meminta […]

250 jemaah Malaysia akan dibawa keluar Arab Saudi segera

KUALA LUMPUR – Pihak pengendali ibadat umrah atau muassasah di Arab Saudi dan ejen umrah sedang berusaha untuk membawa keluar secepat mungkin kira-kira 250 jemaah Malaysia yang kebanyakannya masih berada di Makkah. BH difahamkan, jemaah diminta oleh ejen umrah masing-masing untuk bersedia pulang semula ke tanah air mengikut jadual penerbangan yang dijadualkan, termasuk bagi pemegang […]

Kaabah cuma ditutup beberapa jam sehari kerana Covid-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menutup sementara Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya sementara selepas waktu Isyak sehingga menjelang waktu Subuh. Ia dilakukan bagi proses pembasmian kuman gara-gara Covid-19. “Haramain akan ditutup setelah solat Isya dan akan dibuka kembali sebelum waktu solat Fajr (Subuh),” jelas Presiden Pusat Komunikasi Islam Arab Saudi, Faheem H. […]

Keputusan Saudi gantung visa umrah kerana Covid-19 tidak perlu dipertikai

PETALING JAYA – Keputusan Arab Saudi menggantung sementara visa umrah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 tidak seharusnya dibantah mana-mana pihak kerana ia untuk kebaikan bersama, kata Mufti Pahang Abdul Rahman Osman. Abdul Rahman berkata, adalah lebih baik dan bermanfaat sekiranya jemaah dari Malaysia tidak menunaikan ibadah umrah buat seketika kerana wabak itu menjejaskan beberapa negara, […]

Arab Saudi gantung kemasukan jemaah umrah

Riyadh – Arab Saudi menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah, untuk sementara waktu. Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan berkata, langkah itu susulan penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) ke Timur Tengah. “Kerajaan menggantung kemasukan ke negara untuk jemaah mengerjakan umrah dan melawat Masjid Nabi untuk sementara waktu,” katanya. Kerajaannya […]

Penduduk haram Israel dilarang masuk Arab Saudi

RIYADH – Penduduk negara haram Israel dilarang melawat Arab Saudi, kata Menteri Luarnya, Putera Faisal Farhan, pada 27 Januari. Perkara itu diumumkan sehari selepas Tel Aviv membuat keputusan membenarkan rakyatnya melakukan perjalanan ke Arab Saudi dalam keadaan tertentu. Pada Ahad, pihak berkuasa Israel dalam satu kenyataan berkata, Menteri Dalam Negeri Arye Dery telah menandatangani arahan […]

Arab Saudi, Malaysia bekerjasama perangi Islamofobia

KUALA LUMPUR – Arab Saudi berminat bekerjasama dengan Malaysia bagi memberikan gambaran sebenar Islam dalam usaha memerangi Islamofobia, radikalisme dan ekstremisme sejagat yang berleluasa ketika ini, kata Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan. Beliau berkata, kedua-dua negara sentiasa berusaha menyampaikan gambaran sebenar Islam melalui konsep kesederhanaan atau wasatiyyah. Menegaskan perlu […]