Anwar bawa suara Malaysia ke pentas dunia, dorong negara lain sokong Palestin

Riyadh: Seperti mana lantangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersuara tentang isu Palestin Gaza di dalam Malaysia, begitulah juga ‘kuat’ suaranya di pentas dunia. Matlamatnya – mahu mendorong negara-negara lain turut menyahut gesaannya, supaya dinoktahkan kekejaman Israel. Perdana Menteri bukan mahu menjadi ‘jagoan’ atau juara dalam isu yang telah berlanjutan lebih tujuh dekad itu, sebaliknya beliau […]

Anwar bincang konflik Palestin dengan Liga Muslim Sedunia

RIYADH: Konflik Palestin-Israel antara yang dibincangkan Malaysia dengan Liga Muslim Sedunia di sini, malam tadi. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Sheikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan di sini. Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir. Perbincangan tertutup mereka antaranya […]

Putera Mahkota Mohammed terima menghadap Anwar

RIYADH – Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Al-Yamamah di sini pada Sabtu. Pertemuan rasmi empat mata itu adalah atas jemputan peribadi baginda kepada Anwar, selepas Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) […]

Anwar duduki tangga ke-11 pemimpin, ahli politik Islam berpengaruh dunia

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia menerusi kategori Penghargaan Terhormat. Beliau menduduki tangga ke-11 dalam risalah edisi terbaru ‘The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2024’. Bagi kategori ahli politik Islam paling berpengaruh, Anwar berada di kedudukan ke-17. Pada […]

Anwar mahu peluang pelajari Islam tersedia sebaiknya

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agensi agama dan pertubuhan dakwah mengemukakan pandangan bagi memastikan peluang memperoleh ilmu Islam tersedia sebaiknya. Anwar berkata, langkah itu bagi membolehkan golongan mualaf mengambil kesempatan agar berlumba-lumba menimba ilmu Islam sebenar dengan penuh keterujaan. Islam merupakan agama indah yang mampu memberi kebahagiaan hakiki kepada setiap insan […]

SPV akan pulangkan semula aset TH – Anwar

KUALA LUMPUR – Aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV) oleh kerajaan pada tahun 2018 akan dipulangkan semula kepada TH. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan (MOF), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan antara MOF dan TH berhubung perkara itu sedang dilakukan. “Saudara Mujahid (Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa) sebagai […]

Anwar pimpin Andrew bersyahadah peluk Islam di New York

NEW YORK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan memimpin syahadah seorang lelaki memeluk Islam selepas menunaikan solat dan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), tengah hari semalam. Ketika Perdana Menteri beredar sambil bersalaman dengan jemaah selepas menyampaikan sumbangan al-Quran daripada kerajaan kepada masjid, pengacara majlis memaklumkan seorang lelaki dikenali sebagai Andrew […]

Malaysia, Indonesia pelihara persaudaraan gerakan, pertubuhan Islam

PETALING JAYA – Malaysia dan Indonesia akan terus memperkukuhkan kerjasama erat menerusi siri pertemuan dan diskusi dalam memelihara persaudaraan antara gerakan dan pertubuhan Islam dari kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam kepadatan jadual sebelum bermula Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak di Jakarta, beliau sempat berdiskusi dan bertukar pandangan dengan […]

PM tegur pihak yang fobia berkaitan Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menegur sikap segelintir masyarakat bukan Islam yang seolah-olah menjadi fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam. Ini berikutan bantahan segelintir pihak mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disasarkan kepada murid beragama Islam di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan. Anwar berkata, tujuan beliau […]

Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 tidak gugat keharmonian masyarakat.

ISKANDAR PUTERI – Masyarakat bukan Islam di negara ini diminta memahami kepentingan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, pelaksanaan modul itu berkait secara langsung dengan kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, pada masa depan. Sehubungan itu, beliau berharap isu […]