Jemaah Menteri tolak cadangan lantik menteri agama bukan Islam

PUCHONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecah kepada dua.   Perdana Menteri berkata, ketika ini memadai dengan menteri dan jawatankuasa sedia ada yang menguruskan hal ehwal Islam serta agama lain.   Beliau juga berkata, Jemaah Menteri juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam […]

Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain – PM Anwar

GOMBAK: Pendirian Malaysia adalah sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.   Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan Gaza sebelum mengulas lanjut.   “Kita sedang teliti, kita teliti kenyataan dulu kemudian kita akan ulas.   “Gaza yang penting, […]

Anwar di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia

SHAH ALAM – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. Perkara itu dikeluarkan The Muslim 500 edisi 2025, diterbitkan sebuah pusat kajian bebas, Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt berpangkalan di di Amman, Jordan. Menurutnya, […]

Industri halal pastikan penyertaan masyarakat lebih meluas – PM

KUALA LUMPUR: Perkembangan industri halal Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa membuktikan ekosistem ekonomi Islam tidak lagi hanya bergantung kepada institusi kewangan seperti sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, melalui industri halal, hampir semua golongan rakyat disantuni, termasuk peniaga kecil dan petani, satu aspek yang umumnya tidak dapat dikuasai industri kewangan. Perdana […]

Cabaran Malaysia urus Islamfobia, guna Islam pupuk kebencian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengakui Malaysia kini dalam keadaan ‘simpang siur’ apabila berdepan dengan dua cabaran iaitu Islamofobia dan kumpulan menggunakan Islam untuk menanam kebencian kepada semua pihak. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited untuk menangani kedua-dua cabaran ini dengan bijaksana dan berprinsip. “Pertama, kita berhadapan dengan pihak yang menghidupkan Islamofobia, yang menganggap Islam […]

Islam semakin subur di bawah Kerajaan Perpaduan

SHAH ALAM – Pas semakin galak memainkan naratif Islam terancam kerana kebimbangan parti itu terhadap kejayaan Kerajaan Perpaduan menyuburkan Islam di negara ini. Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas terus memainkan isu bukan Islam naik kepala kerana […]

Istilah daripada buku, bukan menghina

“Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama,” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas frasa “keling” pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak Khamis lalu. Jelasnya, frasa berkenaan diambil menerusi petikan daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan tidak bermaksud […]

Saluran diplomasi mekanisme terbaik selesaikan konflik – Anwar

PETALING JAYA – Malaysia sentiasa berpegang kepada saluran diplomasi sebagai mekanisme terbaik untuk menyelesaikan sebarang konflik. Perkara tersebut dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu syarahan umum berjudul ‘Persaingan Kuasa Besar dan Ketegangan yang Meningkat di Asia Pasifik’ di Universiti California, Berkeley, pada 15 November. Beliau turut menerangkan tentang keperluan hubungan strategik […]

Bertegas isu Palestin, Malaysia terima tiga notis dari Kedutaan AS

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan negara pernah menerima ‘demarche’ (tatatindak) sebanyak tiga kali daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebagai salah satu tekanan susulan pendirian tegas Malaysia dalam menentang kezaliman zionis Israel. Menurut beliau, tatatindak yang diterima itu berikutan keengganan negara dalam membantah tindakan Hamas dan menganggapnya sebagai badan pengganas. “Demarche […]

Anwar bawa suara Malaysia ke pentas dunia, dorong negara lain sokong Palestin

Riyadh: Seperti mana lantangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersuara tentang isu Palestin Gaza di dalam Malaysia, begitulah juga ‘kuat’ suaranya di pentas dunia. Matlamatnya – mahu mendorong negara-negara lain turut menyahut gesaannya, supaya dinoktahkan kekejaman Israel. Perdana Menteri bukan mahu menjadi ‘jagoan’ atau juara dalam isu yang telah berlanjutan lebih tujuh dekad itu, sebaliknya beliau […]