Us Daud positif Covid-19, dirawat di hospital
KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah yang disahkan positif Covid-19 kini mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Beliau yang berusia 75 tahun dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pusat rawatan tersebut petang semalam selepas paras oksigennya menurun ke tahap 96 peratus. […]