Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) di SK Kubang Golok
BACHOK – Selepas Jajahan Kuala Krai dan Jeli, YADIM Kelantan telah menganjurkan Kem Remaja Pintar Soleh (REPSOL) Siri 3 di sini pada 6 Julai. Diadakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Golok, program ini bertujuan melahirkan anak-anak yang memahami akidah, ibadah dan akhlak. REPSOL juga berhasrat melahirkan anak-anak yang […]
YADIM-ILP Marang kerjasama bina jati diri anak muda
MARANG – Kerjasama dalam membangunkan jati diri anak muda di negeri ini antara YADIM dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang diteruskan lagi menerusi program terbaharu anjuran bersama pada 26 Jun iaitu Bicara Dakwah. Program selama tiga jam di dewan ILP Marang itu diisi dengan slot ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, […]
Sumbangan Musa’adah,berbuka puasa bersama mualaf dan bedah buku oleh YADIM Pahang
TEMERLOH – YADIM Pahang mengisi Ramadan kali ini dengan pelbagai program bersama masyarakat yang diadakan setiap hari. Pada 22 April mereka mengadakan majlis tazkirah dan penyampaian sumbangan musa’adah kepada 10 orang muallaf dan asnaf. Sesi tazkirah turut disertai bersama oleh para pelajar Maahad Tahfiz Faqeh. Program ditutup dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama para peserta, […]
Konvensyen Kebangsaan Rakan Siswa YADIM
SUNGAI PETANI – Rakan Siswa YADIM (RSY) tahun ini berkampung di sini bagi melaksanakan Konvensyen Kebangsaan Rakan Siswa YADIM yang menghimpunkan ahli ahlinya dari seluruh negara. Dengan pelbagai pengisian bagi pemerkasaan pertubuhan ini, konvensyen kali ini diadakan selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Mac bagi tujuan berkenaan yang melibatkan seramai 182 peserta. Konvensyen ini […]
Anak muda harus dipandang rakan strategik bukan masalah
Golongan muda harus dipandang sebagai rakan strategik dan bukanlah sebagai satu masalah, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong. Beliau berkata pentadbiran kerajaan baharu akan menghormati, memupuk nilai baik dan memberi mereka ruang untuk berfikir secara matang, kritikal serta merdeka, dan sekiranya timbul masalah melibatkan kumpulan berkenaan, ia harus diselesaikan oleh kerajaan […]