Agong zahir keprihatinan fenomena cuaca panas
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan keprihatinan baginda terhadap fenomena cuaca panas yang melanda negara. Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah bertitah agar seluruh rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca panas ini. “Seri Paduka Baginda bertitah agar semua rakyat […]
Agong kutuk serangan terhadap umat Islam di New Zealand
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah mengutuk insiden kekejaman terhadap umat Islam susulan kes tembak berasingan ketika solat Jumaat di dua masjid, di Christchurch, New Zealand. Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda menzahirkan kesedihan ke atas berita menyedihkan yang turut membabitkan tiga rakyat Malaysia. […]
Rahmatan Lil Alamin’ dan Maqasid Syariah sesuai untuk model Malaysia
KUALA LUMPUR – Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dipraktiskan kerajaan mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut baginda, usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan Rahmatan-Lil-Alamin dilihat sesuai dengan konsep negara negara Islam berbilang kaum. “Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam […]
Banteras golongan tafsir al-Quran ikut logik akal
KUANTAN – Tindakan segelintir individu yang mentafsir al-Quran mengikut logik akal demi kepentingan sendiri perlu dibanteras kerana ia boleh mendatangkan implikasi buruk kepada umat Islam di negara ini. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, al-Quran tidak boleh ditafsir mengikut logik akal kerana ia memerlukan […]
Berikan kerjasama, nasihat
TEMERLOH – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta semua pihak memberi kerjasama, nasihat dan panduan kepada baginda setelah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berkuat kuasa 31 Januari ini. Sultan Abdullah bertitah, perkara itu penting supaya semua pihak dapat bersama-sama dengan baginda melaksanakan tugas dan amanah penting memajukan negara. “Sudah tentu saya […]
Sultan Abdullah dimasyhurkan Sultan Pahang ke-6
PEKAN – Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang ke-6 menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah. Pemasyhuran penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar diumumkan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang membacakan Pengisyitiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian […]
Hina Agong: Doktor Klinik Mediviron letak jawatan
KUALA LUMPUR – Setelah satu demi satu kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong tular dalam media sosial, kini seorang doktor pula yang berkhidmat di Klinik Mediviron cawangan Kajang dilaporkan telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta. Ini berikutan Dr. M. Rupesh didakwa telah mengeluarkan komen seolah-olah menghina Sultan Muhammad V dalam laman Facebook beliau, baru-baru ini. Kumpulan […]
Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di-Pertuan Agong
KUALA LUMPUR – Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat-kuasa hari ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, berkata peletakan jawatan itu selaras Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan. “Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada […]