JAKIM, agensi agama akan bantu mangsa tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi-agensi di bawah jabatannya untuk membantu keluarga mangsa runtuhan tanah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor. Beliau yang mengikuti rapat perkembangan berita bencana tersebut turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada […]
Pertemuan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) bersama Ketua Agensi Agama Islam Kedah
ALOR SETAR – Selepas selesai pertemuan dengan Tuan Guru Pondok seluruh Kedah di Sik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad telah mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua agensi agama Islam negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan […]
RM600 juta bantuan telah disalur agensi agama
PEKAN – Bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai lebih RM600 juta telah disalurkan menerusi agensi agama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepada golongan yang memerlukan sehingga Jun. Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan berkenaan disalurkan menerusi agensi antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Waqaf […]
“Tiada siapa boleh pertikai solidariti rakyat Malaysia untuk Palestin”
KUALA LUMPUR – “Untuk anda datang ketika negara ini dan Palestin berada dalam kesukaran, dari dasar hati kami, saya ucapkan berbanyak terima kasih. “Apabila saya lihat bendera Palestin di Menara Berkembar Petronas, Tabung Haji, kenderaan dan seluruh negara ini, saya sangat tersentuh, dengan semua yang anda lakukan, tiada siapa boleh pertikai solidariti rakyat Malaysia untuk […]
Bantuan untuk mangsa banjir Sabah
BEAUFORT – Dalam suasana negara bergelut dengan Covid-19 yang semakin teruk, warga daerah ini diuji pula dengan musibah banjir. Sejak enam hari lalu, penduduk di beberapa kampung di sini terputus hubungan dengan kawasan lain ekoran banjir yang melanda. Cakna dengan keadaan ini, agensi agama Islam di negeri ini berganding bahu bersama rakan rakan jabatan di […]
Henti stigma agensi agama lemah, tak pandai urus tadbir
PUTRAJAYA – Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad menyarankan supaya dihentikan stigma bahawa orang dan agensi agama sebagai lemah dan tidak pandai urus tadbir. Beliau berkata, perkara itu akan cuba dicapai dengan mengambil tindakan tindakan seperti menghendaki pegawai di kementerian beliau mengemukakan kad laporan secara mingguan mengenai kerja yang mereka dilakukan. “Saya nak kerja dengan […]
Dekati remaja bermasalah demi masa depan negara
MELAKA – Semua pihak termasuk jabatan agama Islam negeri perlu memperkasakan program bersifat turun padang bagi mendekati kumpulan sasar khususnya golongan remaja bermasalah agar dapat membimbing mereka kembali ke pangkal jalan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, gejala keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas dalam kalangan remaja bukan suatu perkara kecil […]
Sumbangan kit masjid sempena Prodaksi
SEMPORNA – Sebanyak 80 buah masjid di sini menerima sumbangan kit kelengkapan sempena penganjuran Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang kini sedang berlangsung hingga 23 Ogos ini. Kit tersebut mengandungi sejadah,buku buku agama,majalah Dakwah dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Al Quran yang disumbangkan oleh pelbagai agensi agama […]
Retreat semakan untuk perkasa agensi agama
JANDA BAIK – Satu retreat (pemukiman) Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 kini berlangsung di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, di sini. Pemukiman tersebut yang bermula hari ini hingga 9 Ogos 2019, dihadiri oleh Ketua-ketua agensi, pengurusan tertinggi jabatan dan pengarah-pengarah agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang […]