Kasih sayang tak kenal agama
MELAKA – “Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk kita hidup harmoni, paling penting kena saling menerima kerana tuhan sudah arahkan kita berbuat baik sesama manusia tidak kira apa jua agama,” kata seorang nenek beragama Buddha yang menjaga cucu perempuan Islam sejak 23 tahun yang lalu. Tan Guan Neo, 75, yang mesra dipanggil sebagai […]
Lulus ujian agama baru boleh masuk polis
KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan setiap permohonan anggota baharu perlu lulus ujian penilaian agama dan moral sebelum diterima masuk ke dalam agensi itu bermula tahun depan. Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, ia bagi memastikan setiap anggota yang diambil mempunyai tahap integriti serta nilai moral dan agama yang tinggi. […]
Ulama dituntut bekerjasama bawa dasar kemakmuran melalui gagasan Rahmatan lil Alamin
SEPANG – Ulama dituntut agar tidak bercanggah dengan konsep maqasid syariah dan bekerjasama dari konteks rantau Asia Tenggara untuk membawa dasar kemakmuran yang dipacu Malaysia melalui gagasan Rahmatan Lil Alamin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, ini secara tak langsung dapat membantu Islam menangani Islamophobia yang terheret dengan radikalisma yang […]
Perselisihan kaum dan agama semakin kritikal
KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, cabaran dan ancaman paling dekat, sangat kritikal dan boleh meruntuhkan negara dengan pantas adalah ledakan kemarahan sesama rakyat yang berpunca daripada perselisihan kaum dan agama. Titah baginda, Malaysia yang dibina dengan falsafah kenegaraan begitu baik, sedang menghadapi perkembangan yang boleh mengancam perpaduan warganya. “Slogan-slogan atas […]
Media jangan jadikan isu agama, kaum dominan dalam pemberitaan
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meminta pengamal media tidak menjadikan isu agama dan perkauman sebagai dominan dalam pemberitaan. Beliau berkata, walaupun pihak media perlu menarik pembaca bagi meneruskan survival, mereka juga mempunyai tanggungjawab dan perlu adil kepada kerajaan untuk membangunkan negara. “Pentadbiran Islam banyak diserang dengan isu agama […]
Toleransi jangan sampai runtuh benteng agama – Yang di-Pertuan Agong
PUTRAJAYA – Penghijrahan negara ke tahap yang lebih tinggi boleh dicapai melalui pembentukan semangat toleransi dan kerjasama rakyat berbilang kaum yang menjadi asas kukuh kepada perpaduan negara. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, konsep itu bagaimanapun tidak boleh diterjemahkan secara umum sehingga melanggar perintah agama. “Perkara dan perbuatan yang bercanggah dengan […]
Teliti semula SOP penceramah luar
PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan kemasukan penceramah luar ke negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Kabinet sebelum ini juga sudah bersetuju bahawa kehadiran penceramah luar mestilah mengikut syarat yang ditetapkan. Menurutnya, syarat itu bukan saja perlu dipatuhi oleh penceramah tetapi […]
Singapura teroka pedagogi baharu bagi model kolej Islam
SINGAPURA – Singapura sedang meneroka pendekatan dan pedagogi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran Islam bagi membantu dan mencorak model untuk kolej Islamnya sendiri. Ini dinyatakan oleh Perdana Menteri republik itu Lee Hsien Loong di dalam ucapan Bahasa Melayunya sempena Rapat Hari Kebangsaan 2019 yang berlintas langsung di ITE College Central di sini pada Ahad lalu. […]
Dasar ekonomi tak lagi harus tertumpu pada isu kaum, agama
KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin hari ini berkata dasar baru berkaitan ekonomi negara perlu berteraskan kepada pendekatan berasaskan keperluan, dan bukan lagi menumpu kepada semata-mata isu perkauman atau keagamaan. Katanya, sudah sampai masanya, kerajaan memperkenalkan pendekatan baru, segar dan benar-benar dapat mengubah kehidupan mereka yang selama ini tidak memperoleh manfaat […]
Khat, tulisan jawi adalah seni, bukan agama
PUTRAJAYA – Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat menjelang tahun depan. “Memang […]