2 juta orang daftar tunaikan umrah dalam tempoh sebulan
MEKAH – Hampir dua juta orang mendaftar untuk menunaikan umrah menerusi aplikasi telefon pintar dalam tempoh sebulan, lapor Saudi Press Agency yang memetik perangkaan rasmi. Pada awal bulan lalu, Arab Saudi melancarkan pelan peyambungan semula ibadah umrah secara berperingkat selepas menggantung pelaksanaannya selama tujuh bulan berikutan penularan wabak Covid-19. Sejak itu, kira-kira 900,000 umat Islam menggunakan aplikasi […]
Arab Saudi hadkan jemaah haji hanya 1,000 orang
RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah jemaah haji kepada 1,000 orang sahaja bermula 29 Julai ini, dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelak penularan wabak COVID-19. Pihak berkuasa negara itu mengumumkan ibadah haji yang sebelum ini biasanya dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, dilaksanakan dalam suasana protokol kebersihan yang […]
Ibadah Haji tahun ini ditangguh
PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini (11 Jun) memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hjirah ditangguhkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa […]
Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Ahad ini
KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Suli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa […]
Dunia Islam di tahun 2020
Dunia berputar dengan cepat dan pada setiap kitaran, peristiwa dan insiden membentuk berbagai isu berlatarbelakangkan konflik dan pencapaian. Khususnya bagi dunia Islam. Harapan kesatuan ummah tidak akan tercapai dengan mudah melainkan ia semakin dihimpit dengan geo-politik rantau dan masalah dalaman negara-negara Islam sendiri. Bagi yang mengharapkan konflik berdarah di Timur Tengah akan selesai, mereka silap […]
Menanti 2020 dengan debaran
Semua rakyat Malaysia menanti 2020 sebagai tahun keramat pencapaian kepada satu visi negara yang diperkenalkan sejak awal 90an. Visi 2020 adalah gambaran kepada sebuah masyarakat yang akan dikenali sebagai Bangsa Malaysia. Visi ini menjadikan masyarakat majmuk kepada sebuah masyarakat yang merangkul kepelbagaian dengan mengasaskan apa yang disifatkan sebagai masyarakat liberal ke arah keterbukaan dan hormat […]
Teruskan usaha jayakan pembentukan Malaysia Baharu
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha menjayakan pembentukan Malaysia Baharu pada 2020, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Dengan mengakui 2019 adalah tahun penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa pentadbiran, Timbalan Perdana Menteri mahu semua pihak meneruskan pelbagai usaha positif bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. “Untuk tahun 2020, […]
Pengambilan Daie Muda YADIM Tahun 2020
PUTRAJAYA – Berita baik kepada semua belia yang berminat dengan usaha dakwah di lapangan. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan melakukan pengambilan Daie Muda YADIM (DMY) untuk sesi Februari – Mei 2020. Peluang keemasan ini terbuka kepada belia berusia 21 hingga 30 tahun, dengan keutamaan akan diberikan untuk mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan […]
Subjek Tahfiz al-Quran ditawarkan dalam STPM 2020
SERI KEMBANGAN – Mata pelajaran Tahfiz al-Quran buat pertama kalinya ditawarkan dalam Sijil Pemeriksaan Tinggi Malaysia (STPM) 2020 yang mana peperiksaan semester 1 akan bermula September ini. Setakat ini, 80 calon telah mengesahkan diri untuk mengambil subjek berkenaan dan dijangka jumlah calon meningkat kepada 1,500 orang dalam tempoh tiga tahun lagi. Pengerusi Jawatankuasa Sukatan Pelajaran […]