Home » Langit Terbuka » Tabung Harapan dijangka bayar hutang lebih awal

Tabung Harapan dijangka bayar hutang lebih awal

 

KUALA LUMPUR – Walaupun jumlah yang dikutip oleh tabung amanah, Tabung Harapan Malaysia (THM), agak kecil berbanding jumlah hutang negara yang melebihi RM1 trilion, sumbangan itu mungkin digunakan untuk membayar hutang pada tarikh yang lebih awal.

Ketua Ekonomi RHB Research Institute Sdn Bhd, Peck Boon Soon, berpendapat dana itu mungkin menyumbang kepada faedah bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai RM810.21 juta yang dijadualkan antara September dan November tahun ini.

“Walaupun saiz dana agak kecil berbanding jumlah hutang yang besar, saya yakin ia akan dibelanjakan untuk menyelesaikan hutang dan bukan untuk tujuan lain, memandangkan dana masyarakat itu digerakkan atas semangat patriotik sebagai tanda sokongan rakyat kepada kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Fungsi sebenar THM dikritik sejak pembukannya pada 30 Mei 2018.

Peck berkata Malaysia bukanlah negara pertama yang melancarkan dana masyarakat di peringkat kebangsaan kerana Korea Selatan telah memulakan kempen pengumpulan dana yang sama semasa krisis kewangan Asia 1997/98 atau lebih dikenali sebagai krisis IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) dalam kalangan penduduk tempatan – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *